Tokoh Muslim ke-10 berpengaruh: Bukti kepimpinan, perjuangan isu antarabangsa Anwar diiktiraf

SUMBANGAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengemudi kepemimpinan negara serta menangani isu-isu kepentingan masyarakat antarabangsa berasaskan prinsip sentraliti, sederhana, seimbang dan berhikmah telah membuka mata dunia sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, pengiktirafan antarabangsa sebagai tokoh Muslim paling berpengaruh ke-10 dunia edisi 2026 dalam buku ‘The World’s 500 Most Influential Muslims’ terbitan ‘The Royal Islamic Strategic Studies Centre’ (RISSC) adalah satu pencapaian besar dan penghormatan buat negara.

“Ia menunjukkan penerimaan global terutama di dunia Islam terhadap kepimpinan Perdana Menteri mempelopori konsep pembangunan negara dan tamadun berteraskan nilai keadilan, kemanusiaan dan kesejahteraan sejagat berpandukan kerangka MADANI,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Mohd Na’im berkata, pendirian Perdana Menteri yang lantang memperjuangkan isu keadilan buat rakyat Palestin, serta peranan Malaysia sebagai pengantara keamanan di rantau Asia Tenggara seperti antara Thailand dengan Kemboja, jelas memperkukuh imej Malaysia sebagai contoh negara Islam yang konstruktif dan berprinsip dalam mempertahankan nilai kemanusiaan sejagat.

“Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan akan terus menyokong penuh dasar serta visi kepimpinan beliau dalam mengangkat martabat Islam sebagai agama yang membawa kesejahteraan, memupuk perpaduan, serta memperkukuh kedudukan Malaysia di persada dunia,” katanya.
 
Justeru, Mohd Na’im menegaskan, kejayaan itu juga menjadi cerminan kepada kekuatan moral dan akhlak kepimpinan Perdana Menteri, yang mendukung nilai Islam sebagai asas tadbir urus negara berteraskan ihsan, amanah dan kasih sayang kepada seluruh umat manusia.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan memperkukuh penyampaian mesej Kerajaan MADANI kepada masyarakat India menerusi kerjasama strategik dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), termasuk penghasilan kandungan dalam bahasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti