Sarawak tidak akan eksport nadir bumi, fokus jana produk teknologi tinggi

SEMATAN – Sarawak menegaskan pendiriannya untuk tidak mengeksport elemen nadir bumi (REE) ke luar negara, sebaliknya akan memanfaatkan sumber berharga itu bagi menjana produk berteknologi tinggi dan bernilai tambah di dalam negeri.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, elemen nadir bumi yang terdapat di perut bumi Sarawak merupakan aset ekonomi strategik dan mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan industri baharu negeri.

“Kita di Sarawak mempunyai REE ini tetapi kita tidak akan eksport kerana ia merupakan bahan ekonomi penting untuk menghasilkan produk lain yang bernilai tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Sarawak 2025 pada Rabu.

Abang Johari berkata, Sarawak akan menubuhkan pusat kajian di bawah Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak bagi menjalankan penyelidikan terhadap potensi penghasilan produk daripada REE, termasuk kajian berkaitan ekonomi kitaran (circular economy).

“Kita akan mewujudkan pusat kajian ini dan saya minta anak-anak Sarawak melanjutkan pelajaran dalam bidang ‘material science’.

Walaupun pada Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini Malaysia memberikan lesen operasi lanjutan dan komited untuk tidak mengenakan sekatan eksport mineral penting ke Amerika Syarikat, namun Sarawak memilih untuk mengurus dan memproses sumber nadir bumi secara tempatan bagi membangunkan teknologi dan produk strategik, termasuk industri semikonduktor.

FOTO: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit