Lembu seludup RM245,000 dirampas PGA di Chuping

PADANG BESAR – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara berjaya mematahkan cubaan menyeludup 35 ekor lembu dianggarkan bernilai RM245,000 selepas menahan sebuah lori treler dalam sekatan jalan raya di Chuping, semalam.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, dua lelaki berusia 23 dan 49 tahun ditahan dalam operasi yang dijalankan anggota Kompeni A, Batalion 1 PGA Ulu Kinta, Perak.

Katanya, pemeriksaan terhadap lori treler jenis Hino yang dipandu suspek kira-kira pukul 6 petang itu menemui muatan lembu di bahagian belakang kenderaan.

“Pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan pemindahan haiwan ternakan yang dibawa,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dan haiwan terbabit dianggarkan berjumlah RM645,000.

“Lori treler tersebut dianggarkan bernilai RM400,000 manakala lembu-lembu berkenaan pula bernilai kira-kira RM245,000,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM15,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Shahrum berkata, semua lembu berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Thailand untuk pasaran tempatan.

“Kes kini diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Padang Besar bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

  • Related Posts

    PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

    BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

    TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

    PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

    PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

    PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

    Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

    Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

    Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

    Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

    Trump tangguh rancangan serang Iran

    Trump tangguh rancangan serang Iran

    PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

    PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan