Projek naik taraf jalan RM1.3 juta di Kampung Kedadak kurangkan risiko banjir

SIBU – Penduduk Kampung Kedadak yang sering berdepan masalah banjir bakal menikmati kemudahan jalan raya yang lebih baik apabila projek naik taraf bernilai RM1.3 juta dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Projek itu hasil perbincangan antara Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu dan ADUN Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing, bersama pihak JKR bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap masalah banjir berulang yang menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan berkenaan.

King Sing berkata, pelaksanaan projek tersebut bukan sahaja memperbaiki kemudahan asas, tetapi juga bertujuan melindungi penduduk daripada risiko banjir yang kerap berlaku setiap kali hujan lebat.

“Projek ini penting kerana ia bukan sekadar menaik taraf jalan, tetapi memastikan kesejahteraan penduduk dan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata antara skop kerja yang dilaksanakan ialah penambakan jalan setebal 600 milimeter sepanjang 600 meter, membaik pulih bahu jalan, pembinaan longkang tanah, serta kerja-kerja premix bagi memastikan sistem saliran yang lebih berkesan.

Projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2025 dan bakal memberi manfaat besar kepada penduduk tempatan yang sebelum ini terjejas akibat laluan utama sering ditenggelami air.

King Sing turut menegaskan bahawa pegawai di Pusat Khidmat beliau akan memantau pelaksanaan projek agar berjalan mengikut jadual dan menepati standard kualiti yang ditetapkan.

“Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam meningkatkan taraf infrastruktur luar bandar, sejajar dengan aspirasi untuk memastikan penduduk di kawasan pedalaman turut menikmati kemudahan yang lebih baik dan selamat,” ujarnya.

Foto: PDP N52 Dudong

Related Posts

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan pandangan supaya hukuman khidmat masyarakat diperkasakan sebagai antara bentuk hukuman alternatif bagi kesalahan jenayah syariah. Bagaimanapun, baginda menegaskan pelaksanaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman seorang penjawat awam yang disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara untuk kegunaan banduan. Perintah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undi awal ‘dibanjiri’ wang, SPR perlu buat siasatan

Undi awal ‘dibanjiri’ wang, SPR perlu buat siasatan

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

  • By Aden
  • July 28, 2026
Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor