20 jambatan utama siap menjelang 2028, pacu pembangunan pesat Sarawak

KUCHING – Sarawak dijangka memasuki fasa pembangunan infrastruktur yang lebih dinamik apabila sebanyak 20 jambatan utama di seluruh negeri dijangka siap sepenuhnya menjelang 2028, sekali gus membuka ruang baharu kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan pesisir dan luar bandar.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaksanaan projek tersebut merupakan kesinambungan kepada rangkaian jalan utama, jambatan serta projek Pan Borneo yang sedang berjalan di seluruh Sarawak.

“Menjelang 2026 hingga 2028, semua jambatan termasuk 20 jambatan utama dan jambatan kecil dijangka siap sepenuhnya.

“Apabila semua ini siap, tumpuan kita akan beralih kepada pelaksanaan projek pembangunan utama yang seterusnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun dan Anugerah Jurutera Persatuan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak (GJPBS) 2025 pada Rabu malam.

Abang Johari menambah, selepas fasa pembinaan jambatan dan jalan utama selesai, kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada beberapa projek jalan strategik lain termasuk pembinaan Lebuhraya Pantai Utara (Northern Coastal Highway).

Beliau menjelaskan, projek berkenaan bakal melibatkan pembinaan jambatan panjang, jejambat (viaduct) dan terowong memandangkan kawasan utara Sarawak mempunyai bentuk muka bumi berbukit dan kompleks yang memerlukan kepakaran kejuruteraan tinggi.

Sementara itu, Abang Johari menegaskan pelaksanaan berterusan projek infrastruktur ini akan membuka peluang pekerjaan yang luas kepada pelbagai sektor termasuk jurutera, arkitek, kontraktor dan penyedia perkhidmatan teknikal tempatan.

“Apa yang kita lakukan ini ialah menyuntik dana negeri ke dalam ekonomi tempatan bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Ini adalah dasar jangka panjang kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan terus memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa kedudukan kewangan Sarawak kekal kukuh dengan unjuran hasil yang stabil selepas 2030, membolehkan pelaksanaan projek infrastruktur utama diteruskan secara berperingkat bagi memperkukuh kesejahteraan rakyat dan ekonomi Sarawak.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

JERANTUT – Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di media sosial Facebook yang mengandungi komen berbaur provokasi kaum dan penghinaan terhadap agama Islam serta orang Melayu. Pemangku Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

IPOH – Perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Utara mengalami gangguan serta kelewatan melebihi satu jam susulan kejadian kecurian kira-kira 100 meter kabel yang menjejaskan sistem semboyan di kilometer…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid