Sarawak, SIRIM jalin kerjasama perkukuh keselamatan peralatan elektrik dan gas

KUCHING – Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) menjalin kerjasama strategik dengan SIRIM Berhad melalui SIRIM QAS International bagi memperkukuh kawal selia keselamatan, kualiti dan prestasi peralatan elektrik serta gas di negeri ini.

Kerjasama itu dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani di majlis Sambutan Hari Integriti MUT 2025, sekali gus menandakan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan semua produk elektrik dan gas yang dijual di pasaran negeri ini mematuhi piawaian keselamatan diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, kerjasama tersebut akan mewujudkan sistem penilaian pematuhan dan pengesahan produk (conformity assessment) yang merangkumi pensijilan produk, pemeriksaan, ujian keselamatan dan prestasi.

“MoU ini mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak untuk memastikan setiap peralatan elektrik dan gas yang digunakan di negeri ini menepati piawaian keselamatan serta kualiti yang diiktiraf,” katanya.

Melalui inisiatif ini, label pensijilan bersama MUT–SIRIM akan diperkenalkan pada setiap produk, lengkap dengan kod QR digital bagi membolehkan pengguna menyemak status pensijilan dengan mudah melalui aplikasi mudah alih.

“Langkah ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan pengguna, malah memperkukuh perlindungan pengguna dan peneguhan kualiti produk di seluruh Sarawak,” tambah Julaihi.

MoU tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Jafri Lias, dan Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Ts. Md Adha Rahmat, serta disaksikan oleh Julaihi.

Turut hadir, Pengerusi SIRIM QAS International, Datuk Omar Shariff Mydeen; Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Nik Sazali Nik Hussin; serta Pengarah Bahagian Pengedaran Gas, Kasvenda Kassim bersama pegawai kanan kedua-dua organisasi.

Related Posts

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

SEPANGGAR – Satu usaha untuk mendokumentasikan resipi tradisional masyarakat di Sepanggar menerusi penerbitan Dapur Sepanggar sedang dilaksanakan, kata Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud. Beliau berkata, inisiatif itu akan menghimpunkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

KOTA KINABALU – Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) diwujudkan bagi memastikan pelbagai inisiatif kerajaan dapat disampaikan secara terus kepada masyarakat, khususnya golongan belia di kawasan luar bandar. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

48 mangsa banjir dipindah ke kawasan selamat

48 mangsa banjir dipindah ke kawasan selamat

BN sokong Anwar hingga hujung penggal, tapi mahu tawan Negeri Sembilan

BN sokong Anwar hingga hujung penggal, tapi mahu tawan Negeri Sembilan