Pahang mula hantar barangan keperluan banjir ke pangkalan hadapan

KUANTAN – Barangan keperluan asas bernilai RM3.3 juta mula dihantar kerajaan Pahang ke pangkalan hadapan di negeri itu bermula hari ini.

Proses penghantaran itu dilakukan sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka melanda negeri di Pantai Timur Semenanjung mulai bulan depan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penghantaran itu juga adalah sebahagian daripada keseluruhan peruntukan RM10 juta disediakan kerajaan negeri sepanjang musim tengkujuh 2025/2026.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Nazri Abu Bakar kerana telah pun mengatur, mengendalikan persiapan, mengadakan mesyuarat… dan Insya-Allah semua bekalan ini akan sampai ke setiap destinasi dalam masa 17 hari.

“Peruntukan yang kita bagi untuk program kita ini ialah lebih kurang RM10 juta bagi kita menghadapi bencana Monsun Timur Laut.

“Dan setakat yang kita hantar pada hari ini saja melibatkan RM3.3 juta dihantar ke 176 pangkalan hadapan dengan beratnya lebih kurang 230 tan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Flag Off Misi Penghantaran Monsun Timur Laut Barang Keperluan Peringkat Negeri Pahang 2025/2026 di perkarangan Wisma Sri Pahang, hari ini.

Wan Rosdy memaklumkan, penghantaran bermula dari daerah Rompin sebelum diteruskan ke daerah lain bagi memastikan setiap kawasan berisiko banjir menerima bekalan lebih awal.

Katanya, berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara baru-baru ini, hujan lebat serta banjir akan berlaku pada awal Januari depan, namun kerajaan negeri mengambil langkah proaktif dengan menghantar bantuan lebih awal.

Related Posts

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari. Dakwaan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan sembilan kes cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM4.15 juta termasuk duti dan cukai menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK