YDP YADIM santuni pesakit dalam Ziarah Kasih MADANI di Hospital Kemaman

KEMAMAN — Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr Hasan Bahrom meluangkan masa menyantuni pesakit di Hospital Kemaman menerusi program Ziarah Kasih MADANI, hari ini.

Dalam lawatan selama kira-kira 30 minit itu, beliau menziarahi pesakit di wad lelaki sambil menyampaikan sumbangan daripada YADIM sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan pesakit.

Hasan turut menerima taklimat mengenai operasi dan pengurusan Hospital Kemaman yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Perubatan) Dr Ahmad Amirullah Rosdi, bersama Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Kemaman Zameran Jusoh.

Program Ziarah Kasih MADANI merupakan sebahagian daripada Program Dakwah Negara dan antara siri lawatan YDP YADIM ke negeri Terengganu kali ini.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam