ASEAN–Australia tingkat hubungan strategik, perkukuh perpaduan rantau

ASEAN optimis untuk terus memperkukuh perkongsian dan kerjasama dengan Australia dalam mengharungi cabaran bersama, sekali gus mempertingkatkan hubungan dua hala yang sedia terjalin.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi ASEAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menjadi peluang amat bernilai bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan dan memperkukuh hubungan antara komuniti ASEAN dan Australia.

“Saya amat optimistik terhadap masa depan kita bersama, kerana hubungan antara rakyat ASEAN dan Australia adalah kukuh. Melalui pelajar, ahli perniagaan, penyelidik dan pelancong yang terus memperdalam kefahaman serta kerjasama bersama.

“Mesyuarat hari ini satu peluang yang amat bernilai untuk bertukar pandangan dan mendengar pendapat rakan-rakan sejawat saya (dari ASEAN),” katanya menyampaikan ucapan pembukaan pada Sidang Kemuncak ASEAN–Australia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara, hari ini.

Anwar berkata, sebagai Rakan Dialog pertama ASEAN, Australia kekal sebagai penyokong teguh kepada komuniti rantau ini.

“Australia juga rakan dialog pertama yang menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan ASEAN 2045: Masa Depan Bersama Kita. Kita sudah menyaksikan pelbagai pencapaian penting bersama, bermula dengan penandatanganan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada 2020.

“Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada 2021, penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN–Australia–New Zealand (AANZFTA) pada 2023 serta sambutan ulang tahun ke-50 tahun lalu.

“Perdana Menteri (Australia), Anthony Albanese, kepimpinan anda untuk memperkukuh perkongsian ini amat penting dalam memastikan kita bukan sahaja dapat mengharungi cabaran bersama, tetapi juga terus mempertingkat dan memperluas hubungan dua hala kita,” katanya.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Albanese ke Malaysia sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri Australia pada 21 Mei 2022.

Related Posts

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

KEPUTUSAN Anthony Loke untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil seseorang menteri apabila tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan