RM66,070 dikutip hasil lelongan 50 kenderaan oleh JPJ Perak

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak merekodkan kutipan sebanyak RM66,070 hasil lelongan 50 kenderaan pelbagai jenis yang diadakan di Pejabat JPJ Negeri di sini, pada Selasa.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, bidaan tertinggi diterima bagi sebuah kereta Honda yang dijual pada harga RM11,000.

Manakala bidaan terendah bernilai RM50 melibatkan beberapa motosikal termasuk model Suzuki, SYM dan Demak.

“Daripada keseluruhan 50 kenderaan yang dilelong, 40 daripadanya boleh dilesenkan, manakala 10 lagi tidak boleh dilesenkan, termasuk dua kenderaan klon,” katanya ketika ditemui selepas majlis lelongan tersebut.

Beliau menjelaskan, lelongan kali ini melibatkan pelbagai jenis kenderaan termasuk motosikal, kereta, van, lori dan kenderaan utiliti pelbagai guna (MUV) yang disita hasil operasi penguatkuasaan JPJ di seluruh negeri.

Katanya, jumlah harga rizab keseluruhan ditetapkan pada RM46,450, dengan harga rizab tertinggi melibatkan lori sampah Hino bernilai RM8,800, manakala yang terendah RM50 bagi motosikal.

Menurut Mohammad Yusoff, setiap kenderaan yang dilelong melalui prosedur sitaan yang ketat, termasuk pengesahan mahkamah serta penilaian pasaran bagi menentukan harga rizab yang munasabah.

“Selepas sitaan dibuat, notis pertama dihantar kepada pemilik dalam tempoh sebulan. Jika tiada tuntutan, notis kedua akan dikeluarkan kepada pihak berkaitan seperti bank atau syarikat kredit.

“Pada bulan ketiga, JPJ akan memohon lucut hak di mahkamah, dan hanya selepas kelulusan diperoleh, barulah kenderaan boleh dijual secara sah melalui lelongan awam,” jelasnya.

Tambah beliau, sambutan terhadap lelongan kali ini amat menggalakkan dengan 76 buku lelongan berjaya dijual melibatkan kutipan RM5,320, serta 52 pembida mengambil bahagian.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam