440 pelajar UMS tamat pengajian Asasi Sains, Teknologi Maklumat dan Agrisains

KOTA KINABALU – Seramai 440 pelajar menamatkan pengajian masing-masing dalam Program Asasi Sains, Asasi Teknologi Maklumat dan Asasi Agrisains bagi sesi akademik 2024/2025, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, pencapaian pelajar-pelajar ini menjadi bukti kepada komitmen berterusan universiti dalam melahirkan graduan berkualiti tinggi, berintegriti dan kompetitif di peringkat global.

“Hari ini bukan sekadar penamat kepada perjalanan setahun di peringkat asasi, tetapi merupakan permulaan baharu kepada langkah seterusnya dalam dunia akademik.


“Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih anda semua, disokong oleh doa ibu bapa, bimbingan pensyarah, serta dedikasi seluruh warga universiti,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Isnin.

Jelas Kasim, pengenalan Program Asasi Agrisains buat julung kali pada tahun ini mencerminkan fokus strategik UMS terhadap bidang pertanian, perhutanan dan kelestarian makanan, sejajar dengan keperluan pembangunan mampan negara.

“Program Asasi UMS merupakan laluan utama ke universiti, khususnya dalam bidang sains, teknologi dan agrisains.

“Penawaran Asasi Agrisains ini membuktikan komitmen UMS untuk memperkukuh sumbangan terhadap sektor penting seperti keselamatan makanan dan sumber semula jadi negara,” tambahnya.

Daripada jumlah keseluruhan pelajar, 294 merupakan lepasan Program Asasi Sains, 100 daripada Asasi Teknologi Maklumat dan 46 daripada Asasi Agrisains.

Dalam pada itu, beliau menyeru para pelajar agar terus menjadikan ilmu sebagai asas kehidupan, mengekalkan integriti, serta membina jaringan kerjasama sebagai kunci utama kejayaan masa hadapan.

“Kejayaan mereka diraikan sebagai simbol kecemerlangan pelajar asasi UMS yang bukan sahaja bijak dalam ilmu, malah seimbang dari segi sahsiah dan kemahiran insaniah,” jelasnya.

Sementara itu, majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Khas Naib Canselor, Anugerah Akademik dan Anugerah Kokurikulum kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik, kokurikulum serta kepimpinan sepanjang tempoh pengajian.

Turut hadir pada majlis berkenaan Penasihat Undang-Undang UMS, Awang Suhaizam Bungso dan Pengarah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, Prof. Madya ChM. Dr. Newati Wid.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar