Perjanjian dimeterai ASEAN akan dipantau oleh Malaysia, elak sekadar atas kertas

SEBARANG bentuk kerjasama dalam kalangan rakan kongsi pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang berkaitan perlu diterjemahkan kepada hasil nyata yang memberi manfaat langsung kepada rakyat di rantau ini, bukan hanya sekadar perjanjian di atas kertas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga akan memantau pelaksanaannya untuk memastikan rakyat meraih manfaat daripada akses perdagangan, dan melindungi kepentingan dan autonomi negara.

“Pendirian kita akan kekal berasaskan kepada prinsip keamanan, kemakmuran dan integriti, di samping bekerjasama dengan sahabat dan negara jiran.

“Bersama-sama, kita akan merangka hala tuju yang memartabatkan tradisi kita, menjamin masa depan dan kesejahteraan rakyat Malaysia serta warga ASEAN,” katanya menerusi hantaran di media sosial rasmi miliknya, pada Selasa.

Anwar berkata, lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Malaysia menandakan detik penting dalam mengukuhkan semula hubungan sekian lama Putrajaya dengan Washington serta komitmen bersama terhadap keamanan dan kemakmuran serantau.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025 berdasarkan giliran, Anwar berkata, lawatan itu dilihat bukan sebagai sokongan kepada mana-mana blok kuasa sebaliknya menjadi bukti bahawa Malaysia boleh berperanan sebagai rakan yang neutral, boleh dipercayai dan efektif.

“Pertemuan kami berlandaskan rasa hormat terhadap kepentingan bersama, memperbaharui dialog perdagangan, memperkukuh kerjasama rantaian bekalan dan mineral penting serta menegaskan semula peranan utama ASEAN dalam membentuk kerjasama Asia-Pasifik.

“Menghubungkan ekonomi, memudah cara dialog dan menyumbang kepada kestabilan. Pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand merupakan contoh jelas bahawa peranan diplomatik strategik kita memberi nilai,” katanya.

Pada masa yang sama, Anwar juga menyatakan penghargaan kepada Trump atas komitmen beliau dalam memajukan Pelan Damai Gaza, yang diharap dapat menyelamatkan nyawa rakyat Palestin.

“Mesej saya jelas, Palestin harus selamat, merdeka dan berdaulat.

“Malaysia tetap teguh dengan prinsip kemanusiaan sejagat, memperjuangkan keamanan yang adil dan berkekalan, memperkukuh solidariti ASEAN, serta mengangkat martabat Malaysia sebagai jambatan ke arah dunia yang aman, makmur dan bermaruah,” kata beliau

Trump adalah presiden Amerika Syarikat ketiga dalam sejarah yang melawat Malaysia, selepas Lyndon B Johnson pada 1966 dan Barack Obama pada 2014 dan 2015.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri