Sindiket edar dadah tumpas di Miri, rampasan lebih RM500,000

MIRI – Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas merampas pelbagai jenis bahan terlarang bernilai RM509,525 dalam serbuan di sebuah bilik sewa di kawasan Riam pada Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, serbuan kira-kira jam 8.20 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Katanya, dua individu tempatan iaitu seorang lelaki berusia 25 tahun dan seorang wanita berusia 32 tahun ditahan hasil serbuan tersebut.

“Pemeriksaan di lokasi menemukan 409 gram syabu, 1,029 gram ketamin, 3,342 gram pil ekstasi, 1,986 gram erimin 5 serta 15 mililiter cecair ganja.

“Turut disita wang tunai RM2,800 dan sebuah kereta Perodua Myvi. Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai lebih setengah juta ringgit,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas itu dianggarkan mampu menampung 14,131 penagih.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek lelaki mempunyai rekod kesalahan lampau, manakala modus operandi sindiket adalah mendapatkan bekalan daripada ahli rangkaian lain sebelum mengedarkannya di sekitar Miri.

Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari bermula 20 hingga 27 Oktober 2025 bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

“Polis menerusi JSJN akan meneruskan siasatan bagi mengesan baki ahli sindiket yang masih bebas,” katanya.

Beliau juga menyeru orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah melalui Hotline JSJN di talian 012-2087222, Hotline JSJN Sarawak 017-5929211 atau menghubungi IPD Miri di talian 085-433730 / 085-433400.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat atas kerjasama menyalurkan maklumat yang membawa kepada kejayaan menumpaskan kegiatan pengedaran dadah tersebut.

Kredit foto: FB Polis Daerah Miri

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik