ASEAN kekal seimbang, tidak memihak mana-mana kuasa besar

KUALA LUMPUR – ASEAN mengulangi komitmennya untuk mengekalkan hubungan seimbang dengan kuasa besar dunia khususnya China dan Amerika Syarikat (AS),

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat itu seiring dengan prinsip pemusatan yang dimainkan rantau ini untuk terus memperkukuh hubungan dengan pelbagai rakan antarabangsanya.

Beliau yang juga Pengerusi ASEAN turut menganggap ia pendekatan berterusan untuk membina kepercayaan dalam kalangan pemimpin ASEAN, membolehkan rantau ini menangani cabaran bersama secara kolektif.

“Dua hari lalu kami baru saja mengadakan pertemuan dengan Presiden AS, Donald Trump dan hari ini, kami bersama China. Ini dengan jelas mencerminkan kedudukan pemusatan ASEAN.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada rakan-rakan pimpinan ASEAN atas kebijaksanaan dalam mengekalkan pemusatan ini serta hubungan bersahabat dengan semua negara.

“Inilah yang kami anggap sebagai pendekatan berterusan yang membina kepercayaan, membolehkan kita menangani cabaran bersama secara kolektif,” katanya menyampaikan ucapan pembukaan pada Sidang Kemuncak ASEAN–China di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, ASEAN kini disertai 11 negara anggota, selepas Timor-Leste mengesahkan penyertaannya dalam kesatuan itu kelmarin.

“Keseragaman pandangan sepenuhnya mungkin sukar dicapai, namun saya yakin penghargaan terhadap penglibatan China yang konsisten dan konstruktif dapat dikongsi bersama oleh kita semua,” katanya.

Sementara itu, Anwar turut menghargai pembabitan secara langsung Perdana Menteri China, Li Qiang ketika Sidang Kemuncak ASEAN–Majlis Kerjasama Teluk (GCC)–China yang berlangsung di ibu negara pada Mei lalu.

“Kami berasa amat berbesar hati menerima kehadiran anda sekali lagi hari ini. Kehadiran ini mencerminkan komitmen teguh dan berterusan China untuk memperkukuh hubungan dengan ASEAN,” katanya.

Sebelum itu, ASEAN dan China hari ini menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0, bagi memperkukuh integrasi dan memacu pertumbuhan yang mampan serta inklusif di rantau ini.

Perjanjian ditandatangani Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Perdagangan China, Wang Wentao pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula