Myanmar perlu hentikan keganasan, laksanakan 5PC sebelum pilihan raya

PUTRAJAYA – Myanmar perlu menghentikan keganasan dan mengadakan dialog politik inklusif sebelum pilihan raya pada Disember nanti.

Menteri Luar ASEAN menerusi kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum rancangan Myanmar untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dan jemputan yang telah diberikan kepada negara anggota ASEAN untuk menghantar pemerhati pilihan raya.

Katanya, ASEAN menekankan kepentingan agar pilihan raya perlu dijalankan secara bebas, adil, aman, telus, inklusif dan berwibawa.

“Kami mengecam tindakan keganasan berterusan di Myanmar terhadap orang awam, kemudahan awam dan infrastruktur sivil dan menggesa semua pihak mengambil tindakan konkrit untuk menghentikan keganasan tanpa pilih kasih, menahan diri daripada sebarang peningkatan konflik, dan memastikan keselamatan orang awam.

“Kami menyeru pengukuhan kerjasama antara anggota ASEAN dan rakan luar termasuk  negara jiran Myanmar dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan tujuan menyokong usaha menangani krisis di Myanmar.

“Kami juga menyeru ASEAN untuk  memerangi jenayah rentas sempadan yang berpunca daripada konflik tersebut, termasuk pemerdagangan manusia, pengedaran dadah, perpindahan penduduk, ancaman siber, penipuan dalam talian, dan risiko keselamatan lain,” katanya, pada Isnin.

Dalam pada itu, para Menteri Luar ASEAN sekali lagi menggesa pihak berkuasa Myanmar untuk  mengekalkan gencatan senjata dan mematuhi  pelan damai Konsensus Lima Perkara (5PC) blok serantau itu.

Katanya, blok serantau itu menyatakan kebimbangan yang mendalam terhadap konflik serta situasi kemanusiaan yang kritikal di negara itu serta kekurangan kemajuan ketara dalam pelaksanaan 5PC.

“Kami menegaskan semula Konsensus Lima Perkara sebagai rujukan utama dalam menangani krisis politik di Myanmar.

“Pelaksanaan penuh 5PC amat penting bagi mencapai penyelesaian damai yang inklusif dan berkekalan, yang dimiliki serta diterajui oleh rakyat Myanmar sendiri, demi kesejahteraan rakyatnya dan kestabilan rantau ini,” katanya.

Dalam pada itu, bagi memastikan kesinambungan usaha diplomatik, Menteri-Menteri Luar ASEAN bersetuju agar pegawai kanan meneliti cadangan penubuhan ASEAN Special Envoy on Myanmar jangka panjang.

“ASEAN turut mengekalkan keputusan terdahulu mengenai wakil bukan politik Myanmar dalam sidang kemuncak dan mesyuarat Menteri-Menteri Luar sehingga terdapat kemajuan bermakna dalam pelaksanaan 5PC,” katanya.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah