Malaysia negara hebat dan bersemangat, Trump puji melambung Perjanjian Damai Thailand-Kemboja

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 oleh Malaysia sebagai satu kejayaan besar dan membuktikan keupayaan negara ini sebagai peneraju penting rantau Asia Tenggara.

Trump menerusi hantaran di platform Truth Social sebelum berlepas meninggalkan Malaysia, Trump menyifatkan negara ini sebagai “a great and very vibrant country” (sebuah negara yang hebat dan sangat bersemangat).

Beliau turut memaklumkan bahawa sepanjang lawatan rasmi itu, Washington dan Kuala Lumpur berjaya memeterai perjanjian perdagangan utama serta perjanjian nadir bumi, sekali gus membuka lembaran baharu hubungan ekonomi dua hala antara kedua-dua negara.

Trump turut menyentuh mengenai pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Thailand dan Kemboja, sambil menyatakan bahawa kejayaan itu akan mencegah konflik dan memastikan jutaan nyawa akan terselamat

“Tiada perang! Jutaan nyawa diselamatkan. Suatu penghormatan besar kerana berjaya menyelesaikan perkara ini,” kata Trump menerusi kenyataannya di Truth Social, pada Isnin

Perjanjian berkenaan bertujuan memperkukuh gencatan senjata dan meningkatkan kestabilan di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja, hasil usaha berterusan Malaysia sebagai pengantara neutral dalam rundingan tersebut.

Trump kemudian menamatkan hantaran itu dengan menyatakan bahawa Jepun adalah destinasi seterusnya dalam siri jelajah Asia, sambil menulis: “Sekarang, menuju ke Jepun!!!”

Terdahulu, Presiden AS itu berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini selepas selesai menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, di ibu negara.

Pesawat Air Force One membawa Presiden AS itu dilapor berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.06 pagi untuk untuk meneruskan lawatannya ke Jepun bermula hari ini hingga 29 Oktober depan.

Semasa lawatan itu, Trump dijadual bertemu Maharaja Naruhito dan Perdana Menteri Sanae Takaichi dan kali terakhir beliau melawat Tokyo adalah pada tahun 2019 atas jemputan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe.

Ia destinasi kedua dalam jelajah Asia tiga negara oleh Trump, yang akan berakhir di Korea Selatan.

Related Posts

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

KAZAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Kazan, Persekutuan Rusia, selama dua hari bermula esok. Wisma Putra memaklumkan, Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi