Minyak masak terpakai jadi sumber baharu tenaga lestari – Foong Hin

KOTA KINABALU – Minyak masak terpakai kini bukan lagi dianggap bahan buangan, sebaliknya dilihat sebagai sumber ekonomi baharu berpotensi tinggi dalam penghasilan bahan api penerbangan lestari (SAF).

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, potensi minyak masak terpakai sebagai bahan mentah utama penghasilan tenaga baharu itu seiring dengan matlamat Dasar Agrikomoditi Negara 2030 (DAKN2030) yang menekankan pembangunan agrikomoditi bernilai tambah tinggi dan rendah karbon.

Katanya, usaha memperluas pengumpulan minyak masak terpakai di peringkat komuniti dan sekolah penting bagi meningkatkan kesedaran sivik serta menyokong agenda tenaga mampan negara.

“Langkah ini bukan sahaja memberi manfaat ekonomi kepada isi rumah, malah dapat membantu mengurangkan pelepasan gas rumah kaca dan pencemaran alam sekitar.

“Kadar pengumpulan minyak masak terpakai di Sabah masih rendah iaitu sekitar 5,200 tan pada tahun lalu berbanding keseluruhan 380,000 tan di peringkat Nasional.

“Justeru, penglibatan sekolah, badan bukan kerajaan dan komuniti setempat amat dialu-alukan bagi memastikan proses pengumpulan dijalankan secara lebih berkesan dan berterusan,” katanya semasa merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai Peringkat Sekolah Negeri Sabah di Horizon Hotel, pada Isnin.

Dalam pada itu, lebih 2,000 kilogram (kg) minyak masak terpakai (Used Cooking Oil, UCO) berjaya dikumpulkan menerusi Pertandingan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai yang disertai 13 sekolah sekitar Kota Kinabalu.

Pertandingan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) untuk memupuk kesedaran sivik dan amalan lestari dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan pengurusan minyak masak terpakai serta potensinya sebagai bahan mentah bagi penghasilan bahan api penerbangan lestari.

Dalam majlis penutupan itu, Foong Hin turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan berkenaan.

Bagi kategori sekolah rendah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Likas muncul johan selepas berjaya mengumpul sebanyak 420 kg minyak masak terpakai, Sekolah Kebangsaan (SK) St. Francis Convent pula meraih tempat kedua dengan 192 kg, manakala SK Kepayan di tempat ketiga dengan 170.85 kg.

Sementara itu, bagi kategori sekolah menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) SANZAC dinobatkan sebagai johan selepas mencatat kutipan tertinggi sebanyak 392.5 kg, diikuti SMK Tshung Tsin dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Shan Tao yang masing-masing mengumpul 113.5 kg.

Tambah Foong Hin, penganjuran pertandingan ini secara tidak langsung menunjukkan tahap kesedaran tinggi dalam kalangan pelajar dan warga sekolah terhadap kepentingan pengurusan minyak masak terpakai secara sistematik.

“Penglibatan aktif pelajar, guru dan ibu bapa turut menjadi faktor penting dalam menjayakan inisiatif ini yang menyokong usaha kerajaan ke arah tenaga hijau dan kelestarian alam sekitar,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak