Li Qiang jadi tumpuan sidang ASEAN selepas kehadiran Trump

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang diteruskan, pada Isnin menzahirkan komitmen teguh Malaysia sebagai peneraju utama diplomasi serantau di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menekankan keadilan, kesejahteraan dan kesepakatan serantau.

Hari kedua sidang menampilkan beberapa sesi penting termasuk Sidang Kemuncak ASEAN–Republik Korea Ke-26, Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three (APT) Ke-28, serta Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) Kelima, yang menjadi landasan penting memperkukuh jaringan ekonomi dan kerjasama strategik antara negara anggota.

Selain itu, turut berlangsung Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-20 dan Sidang Kemuncak ASEAN–Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-15, yang memperlihatkan kesungguhan rantau ini memperkukuh kerjasama pelbagai hala dalam menangani cabaran global.

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah kepada Sidang ASEAN Plus Three, membabitkan 10 negara anggota ASEAN bersama Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea yang menjadi pemacu utama ke arah pembentukan Komuniti Asia Timur dengan berasaskan kestabilan, kemakmuran dan saling hormat.

Perdana Menteri China, Li Qiang, dijangka menyertai sesi berkenaan selepas tiba di Malaysia pada Ahad, sekali gus menandakan hubungan dua hala Kuala Lumpur–Beijing yang terus kukuh di bawah dasar keterbukaan diplomatik Anwar.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, turut menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN–AS dan membincangkan pelan perdamaian membabitkan Kemboja dan Thailand.

Malah, Trump turut memuji peranan penting dimainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membantu merealisasikan usaha damai Thailand-Kemboja.

Tindakan itu, katanya penting untuk mencegah konflik yang sekian lama berlarutan antara dua negara berjiran daripada kian memburuk.

Kehadiran pemimpin kuasa besar dunia itu menyerlahkan peranan Malaysia sebagai tuan rumah berwibawa yang berjaya mempertemukan pelbagai blok antarabangsa di bawah satu meja rundingan.

Persidangan ASEAN kali ini bukan sahaja mengukuhkan peranan Malaysia sebagai suara penting Asia Tenggara, malah mencerminkan pendekatan inklusif Kerajaan MADANI dalam memperkasa kerjasama serantau demi keamanan dan kesejahteraan global.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK