Banjir Pulau Pinang: Semua PPS kini ditutup

GEORGE TOWN – Semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di negeri ini ditutup sepenuhnya hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang, Kolonel (PA) Lokman Hakim Abdul Rahman berkata, PPS di daerah Seberang Perai Utara (SPU) ditutup sepenuhnya pada pukul 1 tengah hari tadi selepas keadaan cuaca semakin baik dan paras air sungai kembali surut.

Katanya, penutupan itu melibatkan empat PPS iaitu PPS Sekolah Agama Rakyat (SAR) Nyior Sebatang, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Menora, PPS Dewan Labuh Banting, dan PPS SK Lahar Yooi.

”Semua mangsa yang sebelum ini ditempatkan di PPS berkenaan telah pulang ke kediaman masing-masing selepas kawasan penempatan mereka kembali kering dan selamat untuk diduduki.

”Berdasarkan penilaian semasa, paras air sungai menunjukkan trend menurun dan tiada lagi kawasan penempatan yang terjejas. Oleh itu, semua PPS diisytiharkan ditutup secara rasmi pada pukul 1 tengah hari tadi,” katanya di sini, hari ini.

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX