Trump cuba menari ikut rentak kompang ketika diiring Anwar

PUTRAJAYA – Presiden Donald Trump kelihatan berada dalam ‘mood ceria’ sebaik tiba di Malaysia apabila beliau dilihat cuba menari mengikut rentak kompang – alat muzik tradisional negara – bersama penari-penari berpakaian tradisional berwarna-warni.

Terdahulu ketika keluar dari pesawat Air Force One yang mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi lawatan sulungnya ke Malaysia, Trump juga dilihat melambai sebelum disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin dilihat berbual mesra sambil berjalan melepasi barisan kawalan kehormat Rejimen Askar Melayu Diraja sebelum Anwar memperkenalkan beliau kepada beberapa ahli Kabinet Malaysia, lapor Bernama.

Ketika melintasi kumpulan penari mempersembahkan tarian tradisional sebagai tanda alu-aluan ketibaannya, Trump secara spontan menyertai mereka menari, mencetuskan sorakan dan kegembiraan dalam kalangan yang hadir.

Beliau kemudian mengangkat bendera AS di satu tangan serta Jalur Gemilang di tangan yang lain dan mengibarkannya sebagai simbol persahabatan dua negara.

Selepas itu, Trump dan Anwar menaiki The Beast, kereta rasmi Presiden AS yang sangat dilindungi, diiringi alunan muzik ‘bagpipe’ menuju ke lokasi persidangan.

Presiden AS itu tiba di Malaysia untuk lawatan atas jemputan Anwar selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Lawatan pemimpin itu dari 26 hingga 27 Oktober serentak dengan Sidang Kemuncak ASEAN-AS Ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-20.

Ini lawatan pertama beliau ke Asia Tenggara sejak kembali memegang jawatan Presiden ke-47 AS pada Januari.

Sepanjang lawatannya, Trump dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri, hari ini.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Asyraf Wajdi biadab, perlu minta ampun kepada Yang di- Pertuan Besar NS – Aminuddin

Asyraf Wajdi biadab, perlu minta ampun kepada Yang di- Pertuan Besar NS – Aminuddin

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat