Trump, delegasi tiba untuk Sidang Kemuncak ASEAN

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Malaysia hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara.

Ia sekaligus menandakan lawatan pertama Presiden AS ke negara ini dalam tempoh sedekad.

Pesawat rasmi Presiden AS – Air Force One – mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira 9.54 pagi dan disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Bernama.

Mengiringi Presiden AS ke-47 itu ialah Wanita Pertama, Melania Trump dan beberapa anggota delegasi negara berkenaan.

Konvoi rasmi presiden turut merangkumi ‘The Beast’ – kenderaan rasmi diterbangkan khas bagi lawatan ini, yang akan digunakan sepanjang berada di Malaysia.

Trump kemudian menuju ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan bermula hari ini hingga 28 Oktober.

Related Posts

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita dekatkan rakyat dengan kerajaan, perkukuh perpaduan – Mohamad Sabu

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting dalam merapatkan hubungan antara kerajaan dan rakyat. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, program yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

Program MADANI Kita dekatkan rakyat dengan kerajaan, perkukuh perpaduan – Mohamad Sabu

Program MADANI Kita dekatkan rakyat dengan kerajaan, perkukuh perpaduan – Mohamad Sabu

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

  • By Aden
  • August 2, 2026
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah