Maritim nafi tuduhan serang Masjid Rusila, dakwaan Takiyuddin berniat jahat

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, kononnya pasukan elit agensi itu melakukan serbuan di Masjid Rusila, Marang pada 19 September lalu.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, tuduhan itu bukan sahaja tidak berasas, malah boleh menjejaskan imej pasukan keselamatan serta moral anggota elit negara.

“Maritim Malaysia tidak pernah dan tidak akan menjadikan rumah ibadah sebagai lokasi serbuan atau operasi,” katanya dalam kenyataan sambil menegaskan dakwaan Takiyuddin sebagai satu fitnah jahat.

Mohd Rosli menjelaskan, aktiviti dikaitkan dengan kejadian itu hanyalah latihan taktikal di bawah modul Survival, Evasion, Resistance and Escape (SERE) oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team).

Jelasnya, latihan berkenaan penting bagi membentuk daya tahan, disiplin, serta kemahiran anggota dalam berinteraksi dengan masyarakat ketika melaksanakan misi penyamaran.

“Masjid berkenaan hanya menjadi lokasi pelatih beriktikaf dan berehat selepas solat Asar sebelum tugasan seterusnya.
Pihak masjid juga dimaklumkan lebih awal mengenai kehadiran pelatih, dan tiada gangguan terhadap jemaah atau aktiviti keagamaan berlaku,” katanya.

Mohd Rosli menegaskan, tiada sebarang kekerasan atau tindakan tidak wajar dilakukan seperti didakwa, malah elemen keagamaan turut diterapkan dalam latihan untuk membentuk jati diri serta integriti anggota.

Jelasnya, isu laporan polis yang timbul telah diselesaikan secara baik selepas pihak masjid menerima penjelasan lanjut dan memohon maaf atas salah faham yang berlaku.

“Latihan STAR Team direka untuk melahirkan anggota maritim yang cekap, berani dan berakhlak, serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017