PRU17 Sabah: Lebih 10,000 anggota polis termasuk dari Sarawak, Bukit Aman bertugas

KOTA KINABALU – Lebih 10,000 anggota polis termasuk dari Sarawak dan Bukit Aman akan bertugas sepanjang Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Dewan Undangan Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, menyatakan bahawa penugasan itu melibatkan 8,900 anggota daripada Kontinjen Sabah, manakala 1,200 lagi menerima bantuan daripada Bukit Aman dan Kontinjen Sarawak.

“Persediaan rapi telah dibuat merangkumi semua aspek termasuk keselamatan awam, pergerakan logistik serta kerjasama antara agensi bagi memastikan perjalanan pilihan raya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan,” katanya dalam sidang media di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah di sini, pada Rabu.

Tambah Jauteh, penugasan pasukan untuk menangani isu-isu bencana sekiranya berlaku sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung serta memastikan keselamatan keseluruhan dalam keadaan baik.

Jelas beliau, walaupun ada aktiviti politik yang berlangsung, semua pihak maklum bahawa pada masa sekarang untuk mengadakan sesuatu perjumpaan atau pertemuan tidak lagi perlu memohon kebenaran daripada pihak berkuasa.

“Perubahan ini menunjukkan keterbukaan dalam amalan politik semasa di mana setiap pihak mempunyai ruang untuk bergerak mengikut kapasiti dan hala tuju masing-masing.

“Ertinya, perjumpaan yang mereka adakan itu adalah atas kapasiti mereka sendiri, mewakili parti-parti masing-masing,” ujarnya.

Related Posts

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR – Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

KAJANG – Status kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak kekal tidak berubah meskipun bekas Perdana Menteri itu diberikan pengampunan bersyarat. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram