Israel cuba jalin hubungan diplomatik dengan Arab Saudi, Indonesia

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan sedang berusaha menandatangani perjanjian normalisasi diplomatik dengan Arab Saudi dan Indonesia sebagai strategi politik menjelang pilihan raya awal yang dijangka berlangsung pada Jun 2026.

Laporan penyiar awam Israel, KAN, pada Sabtu menyebut Netanyahu mahu memuktamadkan sekurang-kurangnya satu perjanjian dengan dua negara utama dunia Islam itu bagi mengukuhkan kedudukannya sebelum rakyat Israel kembali ke peti undi.

Menurut sumber diplomatik yang dipetik oleh i24 News, Netanyahu menilai peluang untuk mencapai persetujuan dengan Riyadh sebagai ‘munasabah’, manakala kemungkinan untuk berjaya dengan Jakarta dianggap ‘rendah’.

Namun, dia dikatakan akan berpuas hati sekiranya dapat memeterai perjanjian dengan hanya satu daripada kedua-duanya.

Penganalisis berpendapat, langkah Netanyahu itu bukan sahaja bertujuan memperbaiki imejnya di peringkat antarabangsa, tetapi juga untuk mempamerkan kejayaan dasar luar Israel menjelang pilihan raya.

Arab Saudi mempunyai pengaruh besar dalam dunia Islam sebagai penjaga dua kota suci Makkah dan Madinah, selain kekuatan ekonominya yang luas.

Sementara itu, Indonesia negara dengan populasi Muslim terbesar di dunia dilihat sebagai kuasa ekonomi baharu yang strategik untuk Israel.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Arab Saudi sebelum ini menegaskan bahawa sebarang bentuk normalisasi dengan Israel hanya boleh berlaku selepas penubuhan negara Palestin yang merdeka.

“Kerajaan Arab Saudi menegaskan pendirian ini tidak boleh dirunding dan tidak tertakluk kepada sebarang kompromi,” menurut kenyataan rasmi kementerian itu pada Februari lalu.

Sementara itu, Indonesia turut mengekalkan pendirian bahawa hubungan diplomatik dengan Israel hanya akan dipertimbangkan sekiranya hak dan kedaulatan rakyat Palestin diiktiraf sepenuhnya.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit