13 kes Akta 852 di Sabah dimajukan ke mahkamah

TAWAU –  Sebanyak 13 kes pelanggaran serius di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) di Sabah dibawa ke mahkamah sebagai tanda keseriusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memastikan pelaksanaan penguatkuasaan akta itu sejak 1 Oktober lepas. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, daripada 966 kesalahan tidak boleh dikompaun di seluruh negara, sebanyak 13 kes direkodkan di Sabah, 16 kes di Sarawak dan 17 di Labuan.

“Kes berkenaan termasuk aktiviti pengiklanan, pempameran dan penjualan produk merokok kepada individu bawah umur 18 tahun.

“Ini membuktikan KKM memandang serius pelanggaran undang-undang berkaitan penjualan dan promosi produk merokok termasuk vape demi melindungi kesihatan awam khususnya orang belum dewasa (OBD),” katanya kepada media selepas melakukan lawatan penyeliaan penguatkuasaan Akta 852 di sekitar bandar Tawau, pada Rabu. 

Menurut Dr Dzulkefly, bagi kesalahan tidak boleh dikompaun, notis dikeluarkan untuk individu atau syarikat hadir ke mahkamah bagi menentukan hukuman berdasarkan keputusan hakim.

“Kita kini berada dalam fasa pelaksanaan menyeluruh, bukan sekadar larangan merokok, tetapi meliputi pendaftaran, penjualan, pengiklanan serta pengawalan produk.

“KKM akan terus bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang ingkar dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada  Pegawai Kesihatan Persekitaran dan pasukan penguat kuasa yang komited dalam melaksanakan tugas di lapangan. 

“Saya tahu kerja penguatkuasaan ini bukan mudah, tetapi mereka komited dan turun padang hampir setiap hari. 

“Kita akan terus perbaiki kelemahan dan memperkukuh pelaksanaan bagi memastikan matlamat Akta 852 tercapai,” ujarnya.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak