Pesara buat laporan polis dakwa audio hina Raja Perlis

PADANG BESAR – Seorang pesara membuat laporan polis selepas mendakwa menemui satu video di aplikasi TikTok yang mengandungi rakaman suara mirip Menteri Besar Perlis, disyaki menghina institusi diraja negeri itu.

Menurut Ismail Hashim, 60, video dimuat naik oleh pengguna akaun @mamatrahmah7 itu memaparkan suara yang dipercayai milik Menteri Besar Perlis mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, penipuan dan penghinaan terhadap Tuanku Raja Perlis serta Tuanku Raja Perempuan Perlis.

“Saya terdengar sendiri rakaman itu semasa berada di kedai makan Taman Melati pada 17 Oktober lalu. Bagi saya, kenyataan seperti itu amat tidak wajar dan boleh menjejaskan maruah serta reputasi institusi diraja Perlis.

“Penyebaran kenyataan berunsur fitnah dan penipuan itu bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat, malah memberi persepsi negatif terhadap institusi diraja secara keseluruhan,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Beseri.

Ismail percaya pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini dengan teliti dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.

Pada petang Jumaat lalu, suhu politik negeri itu panas selepas digemparkan dengan laporan polis oleh Pemuda Umno Bahagian Arau susulan tersebar audio mirip suara Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli.

Kandungan audio itu menceritakan mengenai urusan pentadbiran negeri yang sepatutnya tidak perlu diceritakan kepada umum bagi menjaga keharmonian dan reputasi pelbagai pihak terlibat.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit