Lautan 20,000 umat Islam di Lahad Datu cerminan semangat kebersamaan, cetus gelombang dakwah

LAHAD DATU – Kehadiran 20,000 umat Islam membanjiri Program Ziarah Dakwah Pantai Timur bersama pendakwah terkenal Nusantara, Ustaz Abdul Somad Batubara manifestasi kekuatan perpaduan umat Islam di Sabah dan semangat kebersamaan dalam mengangkat dakwah sebagai teras pembangunan ummah.

Timbalan Dipertua United Sabah Islamic Association (USIA) Sabah, Datuk Abdul Hakim Ghulam Hassan berkata, program ini bukan hanya program ceramah tetapi gerakan kebangkitan rohani yang menyatukan hati dan jiwa umat Islam.

“Dakwah bukan sekadar seruan tetapi usaha memperteguh aqidah dan akhlak dalam diri setiap individu. 

“Di Lahad Datu, usaha ini bertujuan membina generasi muda sebagai pewaris legasi dakwah dengan penuh komitmen,” katanya berucap pada program itu di Kompleks Sukan Lahad Datu, pada Ahad. 

Dalam pada itu, Abdul Hakim turut menyeru agar ibu bapa memainkan peranan aktif memupuk ajaran Islam dalam kalangan anak-anak selain menjadikan Lahad Datu sebagai model daerah yang cemerlang dalam penganjuran program keagamaan dan penyatuan ummah.

Sementara itu sesi ceramah oleh Ustaz Abdul Somad menyentuh mengenai ‘Perpaduan Umat Islam’ merangkumi lima asas utama iaitu tauhid, kalimah syahadah, hati, redha dan doa.

Menurutnya, umat Islam di seluruh dunia bersatu atas kalimah syahadah yang sama dan setiap hamba wajib mendidik anak-anak dengan ilmu tauhid agar mampu membimbing ibu bapa dengan kalimah Allah di penghujung hayat.

Ustaz Abdul Somad turut mengingatkan agar umat Islam memakmurkan masjid dengan solat berjemaah dan mendidik anak-anak agar mencintai rumah Allah sejak kecil kerana mereka bakal menjadi pemimpin berjiwa Islam di masa hadapan.

Sepanjang program anjuran USIA dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Pejabat Daerah Lahad Datu dan Masjid Ar-Raudah Lahad Datu itu, suasana turut diserikan dengan laungan selawat serta zikir yang dilihat menjadi titik tolak kepada kebangkitan dakwah di negeri bawah bayu.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa