RMK13 perkukuh pelaksanaan Malaysia MADANI – KP JKOM

KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan memperkukuh gagasan Malaysia MADANI yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika mengulas konsep berkenaan dalam siaran podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

“Konsep Malaysia MADANI ini merangkumi keseluruhannya dalam pembinaan masyarakat,” katanya.

Menurut beliau, prinsip dan nilai dalam Malaysia MADANI bukan sekadar slogan pentadbiran, tetapi menjadi asas kepada hala tuju pembangunan negara yang digariskan melalui RMK13.

“Teras Malaysia MADANI itu diterjemahkan dalam tiga tekad utama iaitu pembangunan ekonomi yang mampan dan inklusif, tatakelola yang baik serta keadilan sosial. Ketiga-tiganya menjadi panduan dalam pelaksanaan RMK13,” katanya.

Ismail menegaskan, RMK13 bukan hanya menumpukan kepada pertumbuhan ekonomi, tetapi turut memberi tumpuan kepada pembinaan peradaban, kesejahteraan rakyat dan sistem tata kelola yang lebih berintegriti.

“Kalau kita nak mengangkat martabat bangsa dan menjadikan Malaysia antara 30 ekonomi terbaik dunia, asasnya ialah tatakelola dan urus tadbir yang kukuh. Itulah semangat Malaysia MADANI yang kita bawa,” katanya.

Related Posts

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi memperkasa penggunaan dan pembelian produk tempatan sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan gerakan Jom Malaysia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI