Keputusan Mahkamah Tinggi ujian keikhlasan Putrajaya tunai komitmen kepada Sabah – Suhaimi

SANDAKAN – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir menyifatkan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak 40 peratus hasil bersih Persekutuan daripada Sabah merupakan ujian sebenar terhadap keikhlasan Kerajaan Persekutuan dalam menunaikan komitmen kepada negeri itu.

Menurut Suhaimi, pelaksanaan hak tersebut bukan sekadar isu politik atau teknikal, tetapi lambang keadilan dan kesetaraan yang menjadi asas kepercayaan rakyat Sabah terhadap Persekutuan Malaysia.

“Keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Kerajaan Persekutuan mengadakan semakan semula hak itu dalam tempoh 90 hari membuktikan bahawa prinsip federalisme dan janji dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih hidup dalam kerangka undang-undang negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Suhaimi berkata, keputusan itu juga mengingatkan bahawa Sabah bukan sekadar anggota tambahan dalam Persekutuan, tetapi rakan kongsi yang mempunyai hak dijamin oleh Perlembagaan.

Katanya, semakan semula hak hasil Sabah yang tidak pernah dilakukan secara menyeluruh sejak tahun 1974 merupakan satu kelalaian hampir lima dekad yang kini perlu diperbetulkan.

“Ini bukan sekadar soal peratusan hasil, tetapi soal integriti dan tanggungjawab kerajaan dalam menunaikan amanah Perlembagaan serta kepercayaan rakyat Sabah,” ujarnya.

Suhaimi menambah, kini tanggungjawab sebenar terletak di tangan Kerajaan Persekutuan untuk membuktikan bahawa semangat MA63 bukan sekadar slogan, tetapi komitmen yang diterjemahkan dalam tindakan.

Suhaimi turut menyuarakan pandangan bahawa pelaksanaan keputusan mahkamah itu perlu dilakukan dengan ikhlas, telus dan segera, kerana keadilan fiskal bukan pemberian, sebaliknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan.

Antara langkah yang dicadangkan beliau ialah pelaksanaan audit bebas bersama Kerajaan Negeri Sabah bagi menilai jumlah hasil sebenar yang dikutip sejak 1974, laporan berkala kepada Parlimen dan DUN Sabah untuk memastikan ketelusan serta penubuhan mekanisme semakan tetap agar hak Sabah tidak lagi diabaikan pada masa hadapan.

“Keputusan ini bukan penamat perjuangan, tetapi permulaan kepada pembetulan sejarah. Sabah tidak menuntut lebih daripada yang dijanjikan kami hanya mahu janji Persekutuan ditunaikan dengan adil dan berprinsip,” katanya.

Dalam pada itu, Suhaimi turut merakamkan penghargaan kepada Sabah Law Society (SLS) atas keberanian dan ketegasan mereka memperjuangkan hak negeri melalui saluran undang-undang.

“UMNO Sabah menghormati dan amat mengagumi perjuangan berani serta konsisten SLS dalam membawa isu 40 peratus hasil Sabah ke Mahkamah. 

“Ia membuktikan keutuhan prinsip dan keikhlasan dalam menegakkan keadilan Persekutuan,” katanya.

Beliau berharap semangat perjuangan itu menjadi contoh kepada semua pihak bahawa menegakkan keadilan tidak memerlukan retorik, sebaliknya memerlukan kejujuran, keikhlasan dan keberanian untuk bertindak.

Related Posts

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

KUALA LUMPUR – Dakwaan campur tangan Amerika Syarikat (AS) memberi bantuan kepada Pas untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia pada 2014 bukan isu yang boleh didiamkan hampir sedekad sebelum didedahkan susulan menyentuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan bagi isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah. SPRM Kedah menerima aduan daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar