Tiada laluan utama ditutup sepenuhnya sempena Sidang Kemuncak ASEAN

PUTRAJAYA – Tiada penutupan penuh laluan utama terbabit dengan pergerakan ketua negara yang akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 hingga 28 Oktober ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia sebaliknya bersifat sementara dan laluan itu akan dibuka semula selepas acara selesai.

“Bukan ‘lockdown’… mungkin contohnya ada Ketua Negara melalui Lapangan Terbang Subang ke Kuala Lumpur, maka laluan itu ditutup sementara dan kebanyakan adalah secara berperingkat,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini dilaporkan berkata, pusat bandar raya Kuala Lumpur akan ‘ditutup sepenuhnya’ sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada minggu depan.

Seramai 16,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari seluruh negara terbabit bagi membantu dan melancarkan aliran trafik selain berada dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi, bermula 23 hingga 28 Oktober ini.

Malaysia yang menjadi Pengerusi ASEAN dijangka menerima kehadiran pemimpin kuasa besar dunia – termasuk Presiden Amerika Donald Trump – yang memberi indikasi untuk hadir.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX