Keputusan 40 peratus hak Sabah bukti Malaysia MADANI hormati semangat Persekutuan

KOTA KINABALU – Keputusan Mahkamah Tinggi yang menegaskan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan disifatkan sebagai bukti kematangan sistem perundangan negara dan penghormatan Kerajaan MADANI terhadap semangat Persekutuan Malaysia.

Bekas Presiden Sabah Law Society (SLS), Roger Chin berkata, keputusan bersejarah itu bukan kemenangan menentang Kerajaan Persekutuan, sebaliknya kemenangan untuk seluruh Persekutuan Malaysia.

Menurutnya, keputusan itu membuktikan bahawa Malaysia kekal berpegang kepada janji asal penubuhannya bahawa kedudukan Sabah yang sah dalam Malaysia dan perpaduan sejati hanya dapat dibina atas dasar saling menghormati, bukan pengabaian.

“Keputusan ini bukan kemenangan menentang Persekutuan, sebaliknya kemenangan untuk Persekutuan.

“Ia membuktikan bahawa Malaysia menghormati janji asal penubuhannya bahawa semua negeri setara dan dilindungi di bawah sistem perlembagaan dan perpaduan sebenar hanya boleh dibina atas dasar hormat, bukan pengabaian,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak itu menamatkan ‘tahun-tahun yang hilang’ bagi Sabah, selepas lebih lima dekad hak negeri itu dinafikan.

“Hari ini, suara Sabah telah didengari. Keadilan telah ditegakkan.

“Sejarah mencatat bahawa janji yang dibuat pada tahun 1963 kekal menjadi janji yang ditepati pada tahun 2025.

“Mahkamah telah menamatkan ‘tahun-tahun yang hilang’ bagi Sabah keadilan telah dikembalikan, dan janji Malaysia telah ditebus,” katanya.

Roger berkata, pelaksanaan keputusan itu bukan hanya mengenai hak Sabah semata-mata, tetapi turut membawa makna besar dalam memperkukuh struktur Persekutuan dan menegakkan keutuhan negara berlandaskan prinsip undang-undang dan keadilan.

“Menunaikan keputusan ini bukan sekadar tentang Sabah ia adalah tentang memperkukuh Malaysia itu sendiri,” tegasnya.

Related Posts

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

KOTA KINABALU – Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Isnin ini dijangka menyentuh isu pembayaran 40 peratus kepada Sabah, kata Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun. Menurut Masidi, Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan

  • By Aden
  • August 1, 2026
Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan