Pas takut umum calon PM walaupun konon ada calon berlori-lori

ALASAN kononnya ‘risiko keselamatan’ dijadikan sebab Pas tidak mahu menamakan calon Perdana Menteri merupakan lawak politik paling hambar minggu ini.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas dahulu mendabik dada, kononnya mereka mempunyai ‘calon Perdana Menteri berlori-lori’.

“Kalau benar berlori-lori, hilang seorang pun tidak mengapa, masih ada lori kedua, ketiga dan keempat, bukan?

“Tambahan pula, Pas mempunyai empat orang Menteri Besar di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Bukankah mereka ini konon contoh kepimpinan Islam yang unggul dan menjadi model ‘Negeri Berkebajikan’?,” katanya.

Jelasnya, kalau benar yakin dengan kemampuan dan karisma kepimpinan sendiri, pilihlah salah seorang daripada mereka sebagai calon Perdana Menteri.

Atau sebenarnya, semua empat-empat itu tidak cukup meyakinkan hingga Pas terpaksa berselindung di sebalik alasan ‘keselamatan’?

“Hakikatnya mudah Pas tidak berani menamakan calon Perdana Menteri kerana sedang berbalah dengan rakan sekutunya, Bersatu.

“Bersatu sudah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun Pas masih mahu menunjukkan diri sebagai ‘abang besar’ dalam Perikatan Nasional (PN),” ujarnya.

Menurut bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu, daripada mengakui bahawa mereka tidak sepakat, lebih mudah bagi Pas mencipta alasan konon ada ‘risiko calon dijebak dengan jongkong emas atau dadah’.

“Lucunya, parti yang sering berkhutbah tentang kejujuran dan moral kini tampil dengan skrip seperti filem aksi.

“Alasan ‘risiko keselamatan’ hanyalah helah menutup retak dalaman dan ketidaksefahaman yang semakin jelas antara Pas dan Bersatu,” katanya.

Menurutnya, Pas bukan takut calon mereka diserang, Pas sebenarnya takut rahsia pertelingkahan mereka terbongkar.

“Lebih lucu lagi, dahulu Pas pernah menamakan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Perdana Menteri tanpa pula muncul cerita tentang ‘ancaman keselamatan’,” katanya.

Maka jelas, bukan calon mereka yang tidak selamat tetapi politik mereka sendiri yang kini sedang tenat.

Pas kini umpama pemandu lori yang hilang arah. Walaupun ada ‘berlori-lori calon Perdana Menteri’, tetapi rupa-rupanya semua lori rosak di tepi jalan dan menunggu masa untuk ditunda keluar dari pentas politik arus perdana.

Related Posts

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

KENYATAAN Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Muktamar Pas baru-baru ini bahawa menyokong atau menyertai Pas boleh membawa seseorang ke syurga sememangnya mengundang perhatian. Bagi penulis, kenyataan sebegini bukanlah sesuatu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

PUTRAJAYA– Mekanisme ASEAN dalam menangani pencemaran jerebu rentas sempadan perlu diperkasa secara holisik bagi memastikan isu pembakaran hutan dan aktiviti perladangan yang memberi kesan kepada negara jiran tidak terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka