Sebar gambar pelajar mangsa tikam boleh diambil tindakan undang-undang – MCMC

PUTRAJAYA – Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang menyebarkan gambar atau video berkaitan insiden pelajar perempuan ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, pada Selasa.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai tidak menularkan sebarang kandungan yang memaparkan mangsa, pelajar lain atau lokasi kejadian.

Suruhanjaya itu berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi menjaga sensitiviti keluarga serta tidak menjejaskan siasatan pihak polis.

“MCMC menggesa semua pihak agar bertindak dengan penuh tanggungjawab dan tidak berkongsi, menghantar semula atau memuat naik sebarang kandungan, termasuk gambar atau video, yang memaparkan mangsa, pelajar lain atau lokasi kejadian.

“Sekiranya kandungan sedemikian telah dimuat naik, orang ramai dinasihatkan supaya segera memadamkannya,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Dalam pada itu, MCMC menegaskan, tindakan menularkan kandungan seumpama itu bukan sahaja melanggar privasi dan maruah keluarga terlibat, malah boleh menggangu siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa.

“Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] terhadap mana-mana individu yang didapati menyebarkan kandungan tidak wajar berkaitan insiden berkenaan,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun dalam kejadian di kawasan tandas perempuan di sekolah terbabit, kira-kira jam 9.10 pagi.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi, suspek, seorang pelajar lelaki tingkatan dua, dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail telah mengesahkan, pelajar lelaki tersebut telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada Selasa.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar