Pemasangan CCTV, KPM beri keutamaan kepada sekolah berisiko tinggi buli

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan pmasangan kamera litar tertutup (CCTV) akan diberi keutamaan kepada sekolah berisiko tinggi buli, selain menetapkan beberapa kriteria sebagai garis panduan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, , kriteria lain adalah berdasarkan kepada rekod kes buli bagi tempoh dua tahun terkini, kepadatan penghuni atau enrolmen murid, perlindungan sedia ada (sama ada ketiadaan CCTV atau liputan kamera yang tidak mencukupi) serta kesiapsiagaan infrastruktur elektrik dan rangkaian.

Menurutnya, kementerian juga akan mendapatkan pengesahan semakan tapak berserta khidmat nasihat teknikal bagi penempatan kamera daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

“Panduan ini digariskan bagi memastikan pelaksanaan pemasangan CCTV mematuhi prinsip perlindungan data peribadi serta privasi murid selaras dengan kehendak undang-undang dan dasar KPM.

“Pelaksanaan pemasangan CCTV di asrama yang lain akan dilaksanakan secara berfasa tertakluk kepada peruntukan kewangan serta inisiatif belanjawan tahun 2026.

“KPM menegaskan bahawa pemasangan CCTV secara berfasa ini adalah sebahagian daripada usaha menyeluruh untuk memastikan kesejahteraan murid,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Beliau berkata demikan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen PH Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari mengenai perincian terkait inisiatif KPM untuk memasang peranti CCTV bagi menangani isu buli di sekolah.

Pada Isnin, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh memaklumkan sebanyak RM3 juta diperuntukkan kementeriannya bagi tujan pemasangan CCTV di 200 asrama di sekolah bawah kendaliannya bermula 13 Oktober lalu.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, KPM komited untuk memperkukuh keselamatan dan mengurangkan risiko buli di sekolah dan asrama seluruh negara.

“KPM memandang serius setiap insiden yang membabitkan kesejahteraan murid.

“Ini kerana kejadian seumpama ini bukan sahaja menyentuh aspek keselamatan fizikal tetapi juga memberi kesan mendalam terhadap emosi, pembelajaran dan masa depan anak-anak kita,” katanya.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah