Saksi dedah amalan ‘barcode’ di asrama, guru dan warden didakwa sudah tahu

KOTA KINABALU – Seorang saksi kanak-kanak ke-13 dalam prosiding inkues mendedahkan wujudnya amalan berbahaya dikenali sebagai ‘barcode’ dalam kalangan pelajar asrama, yang melibatkan perbuatan menoreh lengan sendiri menggunakan alat pemotong (cutter).

Peguam mewakili ibu Zara, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, saksi memberitahu, amalan itu telah bermula sejak dia masih bergelar pelajar junior dan dilakukan oleh beberapa rakan seangkatan sebagai satu bentuk ‘trend’.

“Perbuatan itu dilakukan secara sendiri-sendiri dan tidak ditunjukkan secara terbuka kepada pelajar lain.

“Saksi sendiri pernah buat ‘barcode’ sebanyak tiga kali kerana terikut-ikut dengan trend kawan batch,” katanya ketika memberi keterangan dalam  prosiding inkues Zara Qairina yang berlangsung, di sini pada Selasa.

Menurutnya, guru dan warden sekolah sebenarnya sudah mengetahui tentang kewujudan amalan berbahaya itu, namun dia tidak pasti bagaimana pihak berwajib mendapat maklumat tersebut.

“Saksi tak tahu macam mana mereka tahu,” katanya lagi.

Dalam keterangannya, saksi juga mendedahkan kewujudan satu kumpulan pelajar dikenali sebagai Circle 19, yang mempunyai dua helai baju khas bertulis ‘NINETEEN’, satu berwarna coklat dengan tulisan di bahagian tengah dan satu lagi berwarna biru dengan tulisan ‘NINETEEN’ serta logo ‘NT’ di bahagian dada.

Mengulas lanjut, saksi memberitahu semasa prosiding bahawa budaya pelajar senior memarahi pelajar junior secara beramai-ramai telah menjadi satu amalan turun-temurun di sekolah.

“Guru mungkin tidak tahu jika mereka bersikap kasar kepada pelajar lain, tetapi ini amalan lama yang diikut.

“Saksi sendiri pernah dimarahi secara beramai-ramai oleh pelajar senior semasa jadi junior,” jelas peguam.

Syarulnizam memaklumkan bahawa prosiding inkues akan bersambung semula pada Rabu, 15 Oktober.

“Prosiding ini dijangka mengambil masa kerana setiap saksi membawa perspektif yang berbeza, manakala setiap dokumen perlu disemak dengan teliti sebelum sebarang rumusan dapat dibuat,” ujarnya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar