Pembangkang tidak faham kepentingan pelaburan kerajaan pulihkan bangunan warisan negara – PMX

PUTRAJAYA –  Pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) RM600 juta bagi pemuliharaan bangunan warisan di Kuala Lumpur termasuk Carcosa Seri Negara merupakan usaha penting dalam memulihara kepentingan sejarah, identiti nasional serta peninggalan era silam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap pembangkang ketika ini yang tidak memahami keutamaan ia dilakukan dalam menjaga serta mempertahankan simbol warisan raja-raja Melayu selain perjalanan negara menuju kemerdekaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pelaburan terbabit bukan wang kebajikan, namun ia digunakan secara holistik dan pragmatik dalam menjaga kepentingan sejarah negara.

“Dia (pembangkang) tak faham, kita jaga (pulihara) warisan sejarah kekuatan Melayunya dan sejarah kita dari bangunan Carcosa Seri Negara, padang Dataran Merdeka, Kereta Api Tanah Melayu, bangunan Daya Bumi sehingga Carcosa Seri Negara.

“Itu seolah-olah satu taman warisan. Kuala Lumpur itu dikenali sebagai sesuatu yang moden teknologinya tetapi yang segar budayanya.

“Apabila kita mula labur di situ, akan menarik minat pelaburan lain berkembang di sekitarnya,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan warga Kementerian Kewangan (MoF), pada Rabu.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempersoal langkah kerajaan mengumumkan pelaburan RM600 juta daripada Khazanah Nasional untuk kerja-kerja membaik pulih bangunan bersejarah, Carcosa Seri Negara.

Ahli Parlimen Larut menyifatkan langkah itu ‘melencong’ daripada tujuan dan peranan sebenar penubuhan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) yang sepatutnya mengukuhkan daya tahan ekonomi serta menjana pulangan jangka panjang untuk rakyat.

Mengulas lanjut, Anwar memaklumkan, usaha terbabit juga amat disenangi Sultan Selangor kerana pemuliharaan itu termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad.

“(Pembangkang) tak faham siapa yang boleh bangunkan begitu besar projek-projek yang menunjukkan kehebatan warisan sejarah dan budaya kita seperti Khazanah atau Petronas.

“Kerajaan keutamaan dia yang lain-lain lagi. Tetapi kita pantau (pembangunan itu) tetapi masih ada elemen komersialnya, elemen pelaburannya dan elemen keindahan bagi kota,” katanya.

Tambah Anwar, usaha mempertahankan warisan ini bukan soal sejarah dan budaya, tetapi merangkumi kekuatan pelbagai kaum.

Perdana Menteri berkata, biarpun usaha pemuliharan itu dilaksanakan oleh Khazanah, kerajaan masih tetap memantau supaya ada elemen komersial, pelaburan dan keindahan bagi kota raya berkenaan.

“Saya sebut di sini warisan ini kerana soal sejarah dan budaya kita, Melayu kemudian kita rangkul kekuatan kaum-kaum, Melayu terutama Cina, India.

“Sebab itu, kalau lihat pelan Carcosa Seri Negara itu, setiap biliknya bawa gambaran dan mempamerkan kekuatan budaya kita, segala suku kaum, hasil dalam negeri ini juga satu tarikan kepada pelancong.

“Dan kalau tahu sejarah Carcosa Seri Negara ini, itu dianggap bangunan paling hebat, atas bukit di Kuala Lumpur. Carcosa Seri negara ini simbol kemegahan dan bangunan kebanggaan Kuala Lumpur kerana (menjadi) mercu di atas (bukit),” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula