Belanjawan 2026 beri tumpuan rapatkan jurang infrastruktur di Sabah – Shahelmey

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan terus menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha merapatkan jurang pembangunan infrastruktur asas di Sabah, khususnya melibatkan tiga aspek utama iaitu jalan raya, bekalan air dan bekalan elektrik.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, langkah itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap cabaran yang dihadapi negeri ini, terutama dalam memastikan rakyat menikmati kemudahan asas yang setara dengan negeri di Semenanjung.

“Kita berikan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas keprihatinan terhadap cabaran infrastruktur asas di Sabah yang perlu kita rapatkan jurang perbezaan di antara Semenanjung dengan Sabah dan juga Sarawak.

“Masalah jurang infrastruktur ini meliputi tiga perkara asas khususnya jalan raya, air dan juga bekalan elektrik.

“Bagi jalan raya, kita sedang melaksanakan projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B dan Fasa 1E.

“Kita dapat lihat di lapangan bahawa kerja-kerja ini sedang berjalan dengan momentum yang semakin meningkat setiap hari,” katanya kepada media ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Lelaki Qawwam dan Bidadari Syurga: Kursus Perdana Pra Perkahwinan Islam ‘Bina Cinta Dengan Ilmu Pimpin Kasih Menuju Syurga’ di Dewan Sri Putatan, di sini, pada Selasa.

Menurut beliau, Belanjawan 2026 yang diumumkan baru-baru ini turut memberi perhatian khusus terhadap usaha membaik pulih sistem bekalan air serta memperkukuh jaringan elektrik, terutama di kawasan luar bandar.

“Manakala bekalan air juga kita dapat tambahan peruntukan dalam Belanjawan 2026 dan juga perancangan seterusnya dalam Rancangan Malaysia Ke-13, begitu juga dengan bekalan elektrik,” katanya.

Shahelmey turut yakin bahawa pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini akan memberi kesan positif terhadap pembangunan infrastruktur di Sabah.

Katanya, perbezaan utama belanjawan kali ini ialah tahap keterbukaan dan kesungguhan lebih tinggi daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu Sabah dan Sarawak mencapai keseimbangan pembangunan.

Sementara itu, beliau turut menyatakan sokongan terhadap penganjuran Kursus Perdana Perkahwinan yang disifatkan sebagai platform penting dalam membentuk pasangan muda berilmu dan bersedia mengharungi alam rumah tangga.

“Setiap tahun sebenarnya banyak diadakan kursus perkahwinan ini. Cuma kali ini berskala lebih besar untuk kursus perdana dan ia merupakan satu inisiatif yang sangat baik.

“Menyediakan bakal suami dan isteri dengan ilmu agar mereka lebih bersedia untuk membina rumah tangga yang bahagia dan berilmu,” katanya.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017