UPKO guna logo sendiri bukan isu kesetiaan tetapi strategi politik

KOTA KINABALU – Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tuaran, Rayner Ebi menegaskan bahawa cadangan penggunaan logo parti sendiri dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah bukanlah satu tanda protes atau kurang setia kepada Pakatan Harapan (PH), sebaliknya strategi politik yang mengambil kira keunikan identiti tempatan.

Menurutnya, kenyataan tersebut memperlihatkan kepercayaan serta penghormatan kepimpinan pusat terhadap realiti politik Sabah yang berbeza daripada Semenanjung.

“Cadangan penggunaan logo parti tidak wajar dilihat sebagai tanda kurang setia, sebaliknya sebagai sebahagian daripada strategi politik yang mengambil kira identiti tempatan. PH Sabah sentiasa mengamalkan prinsip perbincangan dan kesepakatan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Ahad.

Sementara itu, Rayner turut memberi contoh situasi terdahulu dalam PH, di mana PKR menggunakan logo sendiri semasa PRN Johor pada 2022, manakala rakan sekutu seperti Amanah dan DAP memilih untuk kekal dengan logo gabungan.

“Contoh ini menunjukkan bahawa PH sememangnya terbuka terhadap kepelbagaian strategi di bawah satu payung kerjasama. Jadi, tidak timbul isu kesetiaan dalam perkara ini,” ujarnya .

Dalam pada itu, beliau menzahirkan keyakinan bahawa isu ini tidak akan menjejaskan hubungan antara parti-parti komponen PH, malah menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Majlis Presiden untuk membuat keputusan muktamad.

Related Posts

UMNO buka ruang kerjasama dengan Pas, PH perlu bermuhasabah

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) diseru bermuhasabah selepas UMNO kini membuka ruang kerjasama dengan Pas disebabkan tekanan yang diterima gabungan itu dalam memilih antara kuasa dan prinsip. Ketua Pergerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akmal bertekad tidak bertanding jika BN-PH bergabung di Melaka

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bertekad tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, sekiranya UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO buka ruang kerjasama dengan Pas, PH perlu bermuhasabah

UMNO buka ruang kerjasama dengan Pas, PH perlu bermuhasabah

Akmal bertekad tidak bertanding jika BN-PH bergabung di Melaka

Akmal bertekad tidak bertanding jika BN-PH bergabung di Melaka

Pemuda UMNO tidak akan calon wakil rakyat yang utamakan kepentingan peribadi

Pemuda UMNO tidak akan calon wakil rakyat yang utamakan kepentingan peribadi

Pemuda UMNO mahu bersama Pas demi penyatuan ummah, tidak pinggir kaum bukan Melayu

Pemuda UMNO mahu bersama Pas demi penyatuan ummah, tidak pinggir kaum bukan Melayu

Program Jiwa @ Komuniti sasar pemerkasaan tahap celik digital, patriotisme belia Mukah

Program Jiwa @ Komuniti sasar pemerkasaan tahap celik digital, patriotisme belia Mukah

Majlis kesyukuran rentas agama serlah keunikan sambutan Hari Malaysia 2026

Majlis kesyukuran rentas agama serlah keunikan sambutan Hari Malaysia 2026