PKR Sabah kekal utuh, fokus hadapi PRN17 – Romansa

LAHAD DATU – PKR Sabah stabil, bersatu padu dan sentiasa fokus dalam memperkukuh jentera dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Demikian dinyatakan Ketua PKR Cabang Lahad Datu, Romansa Lamin yang menepis dakwaan laporan media kononnya wujud pergolakan dalaman serta bantahan besar-besaran dalam kalangan kepimpinan PKR Sabah.

“Tumpuan kami kini ialah memperkukuh jentera di setiap peringkat dan memastikan PKR terus menjadi wadah utama perjuangan rakyat Sabah.

“Kita tidak akan terpengaruh dengan spekulasi atau cubaan untuk memecah-belahkan parti,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Romansa menyifatkan dakwaan pergolakan parti itu tidak berasas dan sama sekali tidak mencerminkan suasana sebenar dalaman parti.

“Pertemuan antara pimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah dan Ketua-Ketua Cabang baru-baru ini berlangsung dalam suasana harmoni dan semangat kesiapsiagaan menghadapi PRN17 yang bakal tiba.

“Tiada sebarang ketegangan seperti yang cuba digambarkan,” katanya.

Tegasnya, PKR Sabah tetap berdiri teguh di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar serta pimpinan negeri sedia ada.

“Kerjasama yang utuh ini bakal memperkukuh kekuatan parti serta memastikan gerak kerja pilihan raya lebih tersusun dan berstrategi demi mencapai kemenangan.

“Semua anggota parti dan penyokong perlu bersatu hati, memperkukuh perpaduan dan kekal fokus demi memastikan perjuangan parti terus utuh serta relevan di hati rakyat,” ujarnya.

Related Posts

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

SANDAKAN – Kejadian tanah runtuh sepanjang kira-kira 150 meter menyebabkan Jalan Sim-Sim berhampiran Tokong Cina Pau Kung, di sini, ditutup atas faktor keselamatan pada malam Sabtu. Ketua Balai Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

SANDAKAN – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan wakil Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur memperkukuh kerjasama dua hala menerusi latihan bersama berkaitan pengurusan kecemasan. Komander ESSCOM, Datuk Victor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR