George prihatin aduan peniaga, sedia tandas awam sementara di Pasar Tanah Merah

SANDAKAN – Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin terus menunjukkan komitmen terhadap kebajikan masyarakat setempat apabila melaksanakan inisiatif segera menyediakan tandas awam sementara di Pasar Tanah Merah, Karamunting.

Menurut George, inisiatif itu dilaksanakan susulan aduan yang diterima berhubung kesukaran peniaga dan pengunjung menggunakan kemudahan sedia ada di pasar berkenaan.

Katanya, tindakan segera diambil selepas beliau turun padang meninjau sendiri keadaan di lokasi tersebut, selain mendengar pandangan dan cadangan para peniaga bagi menambah baik kemudahan awam di kawasan itu.

“Saya amat menghargai para peniaga yang sudi berkongsi pandangan serta memberi maklum balas secara terbuka.

“Semua aduan akan diteliti dan tindakan akan diambil demi keselesaan rakyat serta kemajuan DUN Karamunting,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan peniaga bagi mendengar sendiri keperluan mereka serta meninjau keadaan di pasar sementara tersebut.

Rata-rata peniaga menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan George yang disifatkan sebagai pemimpin yang sentiasa menunaikan janji dan turun padang memantau keadaan di lapangan.

Pasar Tanah Merah Karamunting kini menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk mendapatkan hasil laut, sayur-sayuran serta barangan keperluan harian dengan suasana yang semakin selesa hasil penambahbaikan kemudahan awam yang dijalankan.

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan