29 restoran terpilih KKFT, pamer cita rasa, budaya makanan di sekitar Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Sebanyak 29 restoran terpilih dalam fasa pertama menerusi pelancaran Jejak Makanan Kota Kinabalu ‘Kota Kinabalu Food Trail’ (KKFT) yang mempamerkan keunikan cita rasa, kualiti sajian dan budaya makanan di sekitar ibu negeri Sabah.

Menurut Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai, inisiatif tersebut dengan kerjasama Persatuan Chef Sabah (SCA) bagi memudahkan pelancong untuk menerokai makanan yang terdapat di Sabah.

“Ia sebagai panduan kepada pelawat dan penduduk tempatan untuk meneroka tempat makan yang paling mencerminkan kepelbagaian kulinari Sabah.

“Premis berkenaan merupakan sebahagian daripada KKFT dan disyorkan sebagai lokasi makan yang tidak boleh dilepaskan oleh para pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif STB, Julinus Jeffery Jimit berkata, KKFT merupakan sebahagian daripada usaha STB untuk mempromosikan pelancongan gastronomi serta mempelbagaikan produk pelancongan di negeri ini.

“Kita telah lama dikenali menerusi promosi budaya, pengembaraan dan alam semula jadi, kini kita melangkah ke hadapan dengan menonjolkan makanan sebagai sebahagian daripada pengalaman tersebut.

“Pelancongan gastronomi membolehkan kita berkongsi kisah Sabah melalui rasa, masyarakat dan bahan tempatan, sekali gus memberikan peluang kepada pelawat untuk lebih mengenali destinasi ini melalui makanan.

“Dengan senarai restoran terpilih yang disusun rapi, kami berharap dapat membantu pelancong mencari dan menemui tempat-tempat makan menarik yang mungkin sebelum ini tidak diketahui,” katanya.

Sementara itu, Presiden SCA, Adrian Chong berkata, restoran yang dipilih bukan sahaja dinilai dari segi kualiti dan kebersihan makanan, tetapi juga kerana ia mewakili tempat makan baharu yang wajar diberi pengiktirafan lebih luas.

“Kami berharap dengan penyertaan dalam KKFT, restoran-restoran ini akan mendapat lebih banyak perhatian dan menarik lebih ramai pengunjung tempatan serta pelancong untuk menikmati sajian mereka,” katanya.

Sebagai rekod, pemilihan 29 restoran tersebut dibuat selepas beberapa bulan lawatan, sesi merasa dan penilaian oleh pasukan dari SCA serta restoran yang disenaraikan meliputi pelbagai kategori termasuk premis yang diperakui halal, tidak menghidangkan daging khinzir dan restoran bukan halal.

STB dan SCA juga merancang untuk memperluas laluan ini dalam fasa akan datang, dengan menambah lebih banyak tempat makan dan meluaskannya ke Sandakan dan Tawau bagi membantu pelancong menerokai kepelbagaian kulinari di seluruh negeri.

Dalam majlis tersebut, Joniston turut menyampaikan plak khas sebagai tanda pengiktirafan rasmi kepada wakil setiap restoran terpilih untuk dipamerkan di premis masing-masing sempena majlis pelancaran KKFT yang diadakan di Hyatt Regency Kinabalu, di sini.

Turut hadir menyaksikan pelancaran tersebut ialah Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah dan Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Haryanty Abu Bakar.

Related Posts

Kelulusan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Samalaju perkukuh ekonomi Sarawak – Awang Tengah

KUCHING – Persetujuan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan meluluskan Fasa 1 Pelabuhan Perindustrian Samalaju sebagai Zon Perdagangan Bebas menandakan satu pencapaian strategik yang signifikan bagi Sarawak.   Timbalan Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak kekal hubungan harmoni dengan Persekutuan, terus tegas tuntut hak MA63

KUCHING – Mengambil pendekatan serampang dua mata, kerajaan Sarawak kekal komited memelihara hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan, namun berpendirian teguh dalam memastikan hak pembangunan serta keistimewaan negeri di bawah Perjanjian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kelulusan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Samalaju perkukuh ekonomi Sarawak – Awang Tengah

Kelulusan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Samalaju perkukuh ekonomi Sarawak – Awang Tengah

Harga bahan api naik minggu ini, RON95 tanpa subsidi cecah RM4.07

Harga bahan api naik minggu ini, RON95 tanpa subsidi cecah RM4.07

Sarawak kekal hubungan harmoni dengan Persekutuan, terus tegas tuntut hak MA63

Sarawak kekal hubungan harmoni dengan Persekutuan, terus tegas tuntut hak MA63

Pisau ‘rambo’ 6 inci tikam leher ibu tunggal ditemui dekat sawah

Pisau ‘rambo’ 6 inci tikam leher ibu tunggal ditemui dekat sawah

Kerajaan Sabah terus fokus pembangunan Tongod menerusi SMJ – Hajiji

Kerajaan Sabah terus fokus pembangunan Tongod menerusi SMJ – Hajiji

Jadikan Indonesia rujukan perkasa sistem pendidikan kebangsaan melalui bahasa rasmi negara

Jadikan Indonesia rujukan perkasa sistem pendidikan kebangsaan melalui bahasa rasmi negara