PKR Sabah komited menang PRN17, salah faham dalaman selesai – Fuziah

SANDAKAN – Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr. Fuziah Salleh menafikan wujudnya perpecahan serius dalam kalangan kepimpinan cabang parti itu di Sabah, sebaliknya menjelaskan isu berkenaan hanyalah salah faham kecil yang telah diselesaikan.

Menurut Fuziah, selepas mengadakan pertemuan bersama ketua-ketua cabang yang didakwa mengeluarkan kenyataan tertentu baru-baru ini, pihaknya mendapati dakwaan itu tidak benar dan tidak mewakili pendirian keseluruhan cabang.

“Saya ada bertemu dengan ketua-ketua cabang. Mereka menjelaskan kenyataan itu hanya dibuat oleh satu dua orang sahaja dan tidak melambangkan perasaan sebenar semua ahli.

“Selepas pertemuan, mereka berpuas hati dan sepakat untuk terus memastikan PKR menang sebanyak mungkin kerusi pada pilihan raya akan datang,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan Lawatan Kerja Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Pasar Raya Besar Mydin Sandakan, di sini pada Ahad.

Tambah Fuziah, semangat untuk memenangkan parti dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi keutamaan bagi semua anggota PKR Sabah.

“Semangat memenangkan parti itu lebih besar. Kalau ada sedikit salah faham, kita dengar dan kita perbaiki mana yang perlu,” ujarnya.

Mengulas mengenai kesiapsiagaan jentera pilihan raya, beliau menjelaskan semua jentera di peringkat cabang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) terdiri daripada tenaga tempatan, namun dibantu oleh pimpinan angkat dari seluruh negara.

“Jentera kita semua tempatan. Pimpinan angkat hanya membantu dari segi keperluan logistik seperti komputer atau peralatan untuk bilik gerakan.

“Saya sendiri turut menyumbang bagi memastikan gerak kerja mereka berjalan lancar,” katanya lagi.

Sementara itu, ditanya mengenai khabar angin kemasukan bekas Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Yamani Hafez Musa ke dalam PKR, Fuziah berkata, perkara itu tidak dapat disahkan.

“Saya tidak tahu. Walaupun saya Setiausaha Agung, saya menghormati hak individu. 

“Jadi sebaiknya tanyalah kepada beliau sendiri,” jelasnya.

Related Posts

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi artikel ‘Negara Menjadi Habuan Kerana Menjatuhkan Kuasa Besar Islam. Apakah Peranannya?‘mengaitkan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, penjajahan wilayah Islam, pembentukan Israel dan kebangkitan Iran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

PENAMPANG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah menyita 13 kenderaan membabitkan 12 kereta dan sebuah motosikal dalam Ops Ekstrem yang memberi tumpuan kepada kenderaan diubah suai secara ekstrem dan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa