Kerjasama generasi lama, baharu kunci kekuatan DAP Sabah – Vivian

SANDAKAN – Setiausaha DAP Sabah, Vivian Wong menerangkan bahawa kerjasama antara generasi lama dan baharu amat penting bagi memastikan parti itu terus berkembang serta membawa kemajuan berterusan kepada rakyat Sabah.

Vivian berkata, perpaduan dan keyakinan dalam kalangan ahli merupakan kunci utama untuk DAP menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah yang akan datang dengan semangat bersama rakyat.

“DAP tidak pernah dan tidak akan melupakan pengorbanan serta sumbangan para pemimpin veteran dan pengasas parti. 

“Kekuatan serta kepercayaan yang dinikmati DAP Sabah hari ini terbina hasil usaha gigih mereka yang menjadi asas kejayaan parti,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Vivian berkata, politik bukanlah pertandingan individu, sebaliknya satu perjalanan panjang yang memerlukan semangat kerja berpasukan dan usaha bersama.

“Setiap generasi mempunyai peranan dalam meneruskan perjuangan ini. Hanya melalui kesinambungan antara generasi, kita dapat mencapai kejayaan yang lebih besar untuk rakyat,” katanya.

Jelas Vivian, setiap generasi mempunyai misi sejarah tersendiri seperti generasi terdahulu membina asas perjuangan manakala generasi muda perlu meneruskan perjuangan itu dengan membawa obor idealisme dan khidmat kepada rakyat, seperti yang sering ditekankan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Vivian turut merakamkan penghargaan kepada pemimpin-pemimpin veteran parti atas pengorbanan dan ketabahan mereka yang membuka ruang kepada generasi baharu untuk berkhidmat.

Tambahnya, perubahan generasi bukan bermaksud menggantikan pemimpin lama dengan yang muda, tetapi membina kepercayaan antara generasi dengan menggabungkan pengalaman dan inovasi.

“Tokoh senior seperti Chan Foong Hin terus memainkan peranan penting dalam membimbing generasi kepimpinan muda dalam DAP Sabah.

“Dalam DAP, tiada individu yang mengatasi parti sama ada senior atau muda, setiap ahli menyumbang kepada kekuatan dan kemajuan gerakan ini,” ujarnya.

Mengulas mengenai peletakan jawatan beberapa bekas pemimpin baru-baru ini, Vivian berkata, parti menghormati keputusan mereka dan berterima kasih atas sumbangan yang telah diberikan.

“Politik adalah perjalanan panjang, setiap individu mempunyai laluan sendiri. Kita menghormati pilihan mereka dan mengucapkan terima kasih atas jasa mereka,” katanya.

Vivian turut menzahirkan rasa terharu terhadap kesetiaan ahli-ahli yang kekal bersama parti meskipun berdepan pelbagai cabaran serta memuji kepimpinan Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe atas dedikasi beliau sebagai antara menteri termuda dalam Kerajaan Negeri.

Menjelang PRN Sabah, Vivian menegaskan bahawa keutamaan DAP ialah memperkukuh perpaduan, memperkuat asas parti dan memenangi kepercayaan rakyat melalui khidmat.

“Fokus kita mesti jelas untuk kekal bersatu, memperkukuh keyakinan dan terus berbakti kepada rakyat demi membina Sabah yang lebih adil dan sejahtera,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri menjawab persoalan berkaitan integriti dan beberapa isu yang didakwa masih belum mendapat penjelasan tuntas. Akmal berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula