Al-Sultan Abdullah rasmi Majlis Rekreasi Pahang

LIPIS – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan harapan supaya penubuhan Majlis Rekreasi Pahang (MRP) dapat memupuk kesedaran mendalam dalam kalangan generasi muda terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Baginda bertitah, selain memberi keutamaan kepada pemuliharaan khazanah alam semula jadi negeri, masyarakat juga perlu didedahkan dengan kepentingan memelihara khazanah itu sebagai legasi dan amanah kepada generasi akan datang.

“Ini adalah tanggungjawab semua pihak, termasuk beta dan kerajaan negeri, untuk menyampaikan amanah ini kepada generasi muda supaya mereka dapat meneruskan usaha melindungi khazanah alam semula jadi kita.

“Majlis ini bukan sekadar berperanan mempromosi, membangunkan, memelihara dan memberi pendidikan, malah turut bertindak sebagai mata dan telinga pihak berkuasa bagi memastikan warisan alam kita terus terpelihara untuk generasi masa hadapan,” titah baginda, lapor Berita Harian.

Mengulas lanjut berhubung MRP, Sultan Pahang bertitah, pada peringkat awal cadangan penubuhan majlis dikemukakan, ia dilihat sebagai satu usaha yang mencabar memandangkan aktiviti luar seperti mendaki dan sukan lasak mempunyai risiko tersendiri.

“Namun, berdasarkan maklumat diterima dan apa yang beta lihat di TikTok, pasukan yang diketuai oleh YB (Fadzli Mohamad Kamal) menunjukkan semangat dan ketahanan tinggi apabila berjaya menawan Gunung Tahan baru-baru ini,” titahnya.

Baginda memaklumkan sudah mengikuti perkembangan kumpulan penggiat aktiviti rekreasi dalam MRP yang bergiat aktif lebih sedekad.

“Sudah tiba masanya untuk berkongsi segala ilmu dan pengalaman yang dikumpul selama ini, di samping menambah baik kemudahan rekreasi serta produk pelancongan sukan di seluruh Pahang,” titah baginda.

Related Posts

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

KUANTAN – Tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah di sekitar Tasek Bera perlu dilihat dari sudut pematuhan undang-undang, bukan sebagai usaha menindas masyarakat Orang Asli. Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

LIMBANG – Ribuan pengunjung membanjiri Tebingan Sungai Limbang pada Ahad bagi menyaksikan Pertandingan Perahu Naga yang menjadi antara acara utama sempena hari terakhir Pesta Limbang 2026. Pertandingan yang berlangsung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan