HSN 2025 semarakkan semangat kesukanan di IKBN Kemasik

KEMASIK – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik menyemarakkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat menerusi Program Kecemerlangan Sukan sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 yang berlangsung meriah di perkarangan institut itu.

Bertemakan Sukan Untuk Semua, program berkenaan menghimpunkan pelajar serta kakitangan dalam pelbagai acara termasuk futsal, bola tampar, bola jaring, e-sukan (PUBG) dan sukaneka. Sorakan dan sokongan padu peserta mewarnai suasana, mencerminkan semangat kekitaan serta disiplin tinggi dalam kalangan warga IKBN.

Pengarah IKBN Kemasik, Norlia Abdullah, ketika merasmikan program di Dewan Sri Suria berkata, sukan bukan sekadar medan persaingan tetapi wadah pembentukan sahsiah dan jati diri belia.

“Program seumpama ini bukan sekadar untuk mengejar kemenangan, tetapi bagi memupuk nilai murni seperti semangat berpasukan, disiplin dan persahabatan. Ia selari dengan hasrat kerajaan membentuk generasi muda yang sihat, produktif dan berdaya saing,” katanya.

Antara tarikan utama ialah Roadshow Honor of Kings (HOK) yang ditaja oleh jenama MAGGI, menambah kemeriahan program yang turut mendapat sokongan padu tenaga pengajar dan warga IKBN dari peringkat perancangan hingga penutupan.

Penganjuran itu diharap dapat memperkukuh budaya sukan dalam kalangan warga institut serta melahirkan atlet belia berpotensi yang mampu mengharumkan nama institusi dan negara pada masa depan.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula