PADU Hospital Tawau sinar baharu 800 pesakit TB

TAWAU – Unit Penilaian dan Diagnostik Pulmonari (PADU) Hospital Tawau yang menyedia mesin diagnostik respiratori menjadi sinar baharu kepada 800 pesakit tuberkulosis (TB) di Pantai Timur Sabah apabila kemudahan itu membolehkan proses diagnosis dijalankan terus di daerah ini tanpa perlu dirujuk ke Kota Kinabalu.

Pakar Perubatan Respiratori Hospital Tawau, Dr Muhammad Khairul Taufiq Rosli berkata, setakat ini seramai 52 pesakit menunggu untuk menjalani ujian menggunakan mesin baharu berkenaan.

“Mesin ini pertama di Tawau jadi pesakitnya sudah menunggu kurang lebih dalam dua hingga tiga tahun untuk mereka uji fungsi paru-paru mereka.

“Kami sudah rujuk awal di Hospital Kota Kinabalu tetapi dengan faktor geografi dan kewangan (kos perjalanan) pesakit, jadi mereka tidak mampu untuk ke sana.

“Jadi bila setiap kali temu janji kami maklumkan agar mereka jangan risau kerana nanti Datuk Lo Su Fui akan bawa mesin ini, mereka sanggup tunggu,” katanya kepada media selepas perasmian PADU Koridor respiratori Pantai Timur Sabah di Hospital Tawau, pada Ahad.

Perasmian itu disempurnakan Yang Dipertua MUTIARA GRS, Datin Seri Juliah Salag.

Juliah dalam ucapan perasmiannya memuji inisiatif Ahli Parlimen Tawau, Lo dan semua pihak yang membantu mewujudkan PADU demi kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat terjamin.

Difahamkan, mesin berkenaan merupakan sumbangan Pejabat Parlimen Tawau dengan kerjasama Usahawan Borneo, syarikat Segalong, Persatuan Pertanian Tawau dan Dewan Perniagaan Tiong Hua.

Sementara itu, Lo semasa ditemui berharap agar mesin berkenaan memanfaatkan pesakit yang memerlukan selain menzahirkan terima kasih atas kerjasama para penyumbang.

“Hospital Tawau bukan sekadar memberi perkhidmatan pada pesakit di sini tetapi turut menjadi hab perubatan pada pesakit Kalabakan, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

“Kita juga maklum ramai pesakit TB di Tawau dan dengan sokongan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta sahabat penyumbang yang lain, kita akan memberi perkhidmatan terbaik ini,” ujarnya.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa