Rakan Muda semarak semangat kepimpinan belia di Bukit Harimau Menangis

PROGRAM Rakan Muda 2025 terus memperkasa generasi muda melalui aktiviti Penjelajahan Lasak di Bukit Harimau Menangis sempena sambutan Hari Sukan Negara baru-baru ini.

Program anjuran Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda itu menggabungkan elemen ketahanan fizikal, disiplin dan semangat kepimpinan, sekali gus menarik penyertaan belia yang berminat meneroka alam sambil memupuk nilai tanggungjawab terhadap kelestarian persekitaran.

Menurut penganjur, aktiviti ini menzahirkan semangat Rakan Bumi dalam falsafah Rakan Muda dengan penekanan terhadap kesedaran memelihara alam sekitar sepanjang ekspedisi.

Peserta turut didedahkan kepada amalan meneroka alam secara lestari tanpa meninggalkan kesan negatif terhadap ekosistem.

“Matlamat utama program ini adalah membina semangat berpasukan serta melatih peserta menjadi pemimpin berwibawa melalui cabaran sebenar yang menuntut ketahanan fizikal dan kemahiran menyelesaikan masalah,” kata jurucakap penganjur.

Program ini turut mendapat kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh yang diketuai Nazri Ahmad, bagi memastikan aspek keselamatan dan bimbingan teknikal diberi keutamaan.

Sokongan profesional daripada pasukan bomba bukan sahaja menambah keyakinan peserta, malah memperkukuh disiplin dalam aktiviti lasak berkenaan.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Kemasik, Rahmat Elli; Pengurus NADI Kemaman Open Innovation Lab IKBN Kemasik, Aliff Najmuddin Abdullah bersama beberapa pegawai institusi, sebagai tanda sokongan terhadap usaha membangunkan potensi belia secara holistik.

“Program seperti ini penting dalam membentuk jati diri dan kepimpinan belia. Ia menggabungkan sukan, disiplin dan kecintaan terhadap alam, sejajar dengan hasrat kerajaan melahirkan generasi muda berdaya saing,” kata Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar IKBN Kemasik, Zulbahari.

Dengan penglibatan aktif agensi kerajaan, pasukan bomba dan institusi pendidikan, program Rakan Muda di Bukit Harimau Menangis disifatkan sebagai pemangkin kepada lebih banyak inisiatif pembangunan belia berteraskan semangat lasak, tanggungjawab sosial dan kepimpinan.

Related Posts

Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

KOTA KINABALU – Sabah yang mempunyai hampir empat juta penduduk ketika ini masih berdepan kekurangan kritikal pakar perkembangan pediatrik tetap bagi membantu proses diagnosis dan intervensi kanak-kanak autisme di negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

LAHAD DATU – Dalam usaha membina masyarakat yang inklusif dan saling memahami, peranan seorang warga pendidik atau guru khususnya yang mahir dalam bahasa isyarat semakin signifikan sebagai penghubung antara komuniti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

  • By Ynom
  • May 27, 2026
Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan