Belanjawan 2026: Kebajikan anggota, kesiapsiagaan pertahanan jadi keutamaan ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan perbelanjaan secara berhemah bagi memastikan peruntukan RM21.74 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 digunakan secara optimum, khususnya bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan pertahanan serta menjaga kebajikan warganya.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata, beliau dan ATM menyambut baik pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan selari dengan usaha mendukung Angkatan Masa Hadapan serta kelestarian warga pertahanan negara 

“Kementerian Pertahanan dan ATM menerima peruntukan sebanyak RM21.74 bilion, meningkat kira-kira 2.92 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu RM21.13 bilion.

“ATM akan memberi tumpuan kepada pendekatan ‘jointness’ dalam pelaksanaan strategi pertahanan, merangkumi kerjasama erat antara Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia bagi memperkukuhkan keupayaan pertahanan negara,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat

Menurutnya, dalam masa sama, kebajikan anggota turut diberi penekanan bagi mengekalkan moral, semangat serta iltizam warga pertahanan demi memastikan kesiapsiagaan yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara.

“ATM turut bertekad memastikan aspirasi kerajaan dalam Belanjawan 2026 dapat dicapai sepenuhnya, termasuk memperkukuhkan keselamatan sempadan, meningkatkan hubungan pertahanan antarabangsa dan mengekalkan kedaulatan Negara,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri ketika membahaskan Belanjawan 2026 memaklumkan Kerajaan memperuntukkan RM21.7 bilion untuk Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi memastikan keselamatan pertahanan negara sentiasa menjadi keutamaan.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, sejumlah RM6 bilion diperuntukkan dalam aspek mendapatkan aset pertahanan baharu serta aspek penyelenggaraan aset sedia ada.

Beliau juga Menteri Kewangan berkata antara perolehan aset baharu adalah untuk memperkasakan sistem pertahanan udara jarak dekat dan sederhana.

Katanya, ia membabitkan sistem pertahanan udara jarak sederhana, jarak dekat dan jarak sangat dekat.

Beliau menegaskan, di bawah MINDEF, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut memperoleh manfaat daripada RM1.5 bilion yang diperuntukkan bagi membina dan menaik taraf fasiliti baharu badan beruniform

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak