‘Jangan ugut kerajaan isu rotan, lebih baik hilang undi daripada lahirkan penjenayah’

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem menegur tindakan segelintir ibu bapa yang mengugut kerajaan akan hilang undi sekiranya penggunaan rotan di sekolah diteruskan.

Menurutnya, sikap sedemikian tidak wajar kerana hukuman rotan yang dilaksanakan secara berhemah masih relevan dalam mendidik serta membentuk akhlak pelajar.

Helmy menegaskan, tindakan melarang guru menggunakan rotan tanpa menilai situasi sebenar hanya akan melemahkan peranan pendidik dalam membentuk sahsiah murid-murid.

“Mak bapak (bapa) tak perlu ugut-ugut pasal anak mereka bakal pengundi. Lebih baik hilang seorang pengundi daripada menghasilkan seorang penjenayah.

“Rotan itu sakit, tapi lebih sakit kalau kita membiarkan kerosakan (anak) di hadapan mata,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohd Noor Helmy dilihat kurang bersetuju dengan pendekatan yang dinyatakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bahawa kementerian untuk mengutamakan pendekatan berhemah dan berperikemanusiaan berbanding rotan.

Beliau yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital berkata, ketegasan guru sewaktu zaman persekolahan dahulu menjadi tunjang kepada kejayaan ramai pemimpin dan masyarakat hari ini.

“Saya sendiri antara yang pernah merasa tangan berbirat kerana ponteng mengaji dan tidak hafal doa. Tapi daripada rotan itulah datangnya pengajaran dan rasa hormat pada guru.

“Kerana ketegasan merekalah saya jadi seperti hari ini. Saya janji takkan kecewakan mereka,” katanya.

Dalam statusnya itu, Mohammad Noor Helmy berkongsi kisah dua guru yang banyak membentuk dirinya, mendiang Cikgu Hau Kim Chai dan Allahyarham Ustaz Abdullah Tahir, warden asrama Sekolah Tinggi Melaka yang digambarkan sebagai pendidik tegas tetapi berhati besar.

“Saya janji dengan cikgu, dalam Duyong ini selagi ada cikgu merotan anak murid kerana sikap anak murid yang keterlaluan, cikgu itu akan saya pertahankan. Kena sebat tahun 1994, sampai sekarang kesan hitam itu ada lagi,” katanya.

Related Posts

RM230 juta bagi Skim PADURI MADANI, sasar lahir 29,000 usahawan wanita B40

IPOH – Kerajaan MADANI memperuntukkan RM230 juta menerusi Skim PADURI MADANI di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi melahirkan 29,000 usahawan wanita baharu dalam kalangan golongan B40 di seluruh negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI perkasa pendidikan, utamakan ilmu dan nilai kemanusiaan

IPOH – Kerajaan MADANI meluluskan pengambilan 3,150 guru baharu, jumlah tertinggi sejak negara mencapai kemerdekaan, sebagai bukti komitmen berterusan kerajaan memperkukuh sistem pendidikan negara dan kebajikan warga pendidik. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mengeluh tidak akan selesaikan krisis — JKOM kupas tekanan ekonomi semasa

Mengeluh tidak akan selesaikan krisis — JKOM kupas tekanan ekonomi semasa

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

RM230 juta bagi Skim PADURI MADANI, sasar lahir 29,000 usahawan wanita B40

RM230 juta bagi Skim PADURI MADANI, sasar lahir 29,000 usahawan wanita B40

BN Johor beri isyarat pertandingan tiga penjuru PRN dan PRU – Suhaizan

BN Johor beri isyarat pertandingan tiga penjuru PRN dan PRU – Suhaizan

Muzakarah ulama seru agenda “Tajdid Siyasi Malaysia” demi politik lebih harmoni

Muzakarah ulama seru agenda “Tajdid Siyasi Malaysia” demi politik lebih harmoni

Anwar dijangka gegar Puteri Wangsa pada ceramah perdana PH esok

Anwar dijangka gegar Puteri Wangsa pada ceramah perdana PH esok