Ekspedisi Gunung Tahan berjaya capai objektif

KUANTAN – Seramai 54 peserta berjaya menamatkan Ekspedisi Kajian Kelestarian Trek Gunung Tahan dari Merapoh ke Kuala Tahan, semalam.

Ekspedisi itu menempuh pendakian mencabar selama enam hingga tujuh hari dan turut disertai Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal.

Fadzli berkata, ekspedisi itu menuntut ketahanan fizikal dan mental dengan perjalanan hampir 12 jam setiap hari.

“Ekspedisi ke gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia ini bukan sahaja menguji daya tahan peserta, malah bertujuan menilai dan mencadangkan penambahbaikan infrastruktur trek Gunung Tahan.

“Ini termasuklah kemudahan seperti tapak perkhemahan, tandas, bekalan air, sistem pencahayaan, papan tanda keselamatan serta kemudahan telekomunikasi,” katanya.

Beliau berkata, hasil dapatan ekspedisi itu akan dikemukakan kepada Kerajaan Pahang dan seterusnya dipersembahkan kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Ekspedisi ini juga membawa makna simbolik sebagai pengenalan kepada Pelancaran Majlis Rekreasi Pahang, yang dijadual disempurnakan Baginda Sultan Pahang pada 12 Oktober ini,” katanya lagi.

Related Posts

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

KLANG – Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tepi Jalan Acob, Kapar, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

SARATOK – Peruntukan lebih RM101 juta diluluskan bagi menaik taraf Tebingan Saratok atau Saratok Waterfront, sekali gus membuka ruang lebih besar untuk memperkukuh sektor pelancongan dan ekonomi setempat. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah

  • By Ithma
  • October 4, 2026
Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah